Wednesday, June 17, 2009

Tafsir surah AD-DUKHAN

Surah Hamim–Dukhan ini mengandungi 57 ayat-ayat dan ia nya di turunkan di Makkah. Saperti surah-surah Sajadah dan Yasin, penekanan surah ini ialah kepada KEIMANAN dan AKIDAH.

Ayat-ayat 1- 8

بسم الله الرحمن الرحيم, حم , والكتاب المبين, انا أنزلناه فى ليلة مباركة انا كنا منذرين, فيها يفرق كل أمر حكيم, أمرا من عندنا انا كنا مرسلين, رحمة من ربك أنه هو السميع العليم, رب السماوات والارض وما بينهما ان كنتم موقنين, لا اله الا هو يحيى ويميت ربكم ورب أبائكم الاولين.

Mafhum nya:
“ Dengan nama Allah, yang memberi Rahmat di dunia dan memberi Rahmat di akhirat: HAA MIIM, Aku bersumpah, Demi Al-Quran, Kitab yang menjelaskan semua Kenyataan Kebenaran, sesungguh nya Aku telah menurunkan Al-Quran itu (sekali gus) pada malam yang penuh BERKAT, dan berbuat demikian kerana Kami sentiasa saja memberi ‘peringatan’ dan ’amaran’ (agar hamba2 Kami tidak terkena azab) .Pada malam ‘BERKAT’ itu juga Kami menjelaskan (kepada para Malaikat) tiap perkara yang mengandungi HIKMAT (kepada manusia) serta ia nya tetap berlaku. Iaitu perkara2 yang terbit dari HIKMAH kebijaksanaan kami; sesungguh nya adalah menjadi tanggungjawab Kami mengutus Rasul ( bagi menjelaskan kebenaran2 itu).Ini adalah RAHMAT dari Allah, Tuhan Rabb yang mengasihi kamu, sesungguh nya Dia (Allah) adalah maha Mendengar (hamba2 nya yang memohon hidayah iman) dan maha Mengetahui ( iaitu PAKAR dalam penciptaanNya). Dialah Rabb Tuhan yang mengasihani, Pencipta bumi dan langit dan segala sesuatu yang berada diantara kedua nya, dan jika kamu semua YAKIN akan hakikat ini (maka terima lah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu itu). Hanya Dialah Allah yang Mencipta kehidupan dan Dialah juga yang Mematikan kehidupan tersebut, Dialah jua Tuhan Rabb kepada datuk nenek kamu yang terdahulu itu.”

Ayat diatas di mulakan dengan 2 huruf, iaitu HAA dan MIM, sebagai daya tarik kepada musyrikin Makkah untuk mereka terus teliti apa selepas huruf2 itu. Hanya Allah yang mengetahui maknanya, ada yang menyatakan sebagai ALHAMDU, iaitu kesyukuran kepada Allah, ada yang menyatakan sebagai Wahyu Yang Khas kepada Muhammad saw.

Allah sekali lagi bersumpah dengan “demi Al-Quran, Kitab yang menjelaskan segala kebenaran akidah.” Ini menjelaskan bahawa Al-Quran adalah Kitab TERPENTING kepada akidah seseorang itu. Yang lengkap makna nya kepada orang2 Arab yang menjelaskan jalan hidayat dari jalan2 kesesatan, dan mejelaskan kepada mereka yang mau mencari keredaan beragama. Kepada kita sebagai pembaca surah ini, kita harus bertekad beriman dan beramal dengan Al-Quran itu.

Al-Quran itu di jelaskan sebagai di turun kan sekali gus dari Loh Mahfuz kepada Jibril as di bawa ke Sama’idunia, ( dunia biasa). Ini berlaku pada malam Lailatul Qadr dalam bulan Ramadan, malam itu di kenali sebagai ‘malam yang penuh berkat dan di turunkan kemudiannya kepada Muhammad saw selama 23 tahun secara berdikit-dikit mengikut keperluan dan keadaan.

Dari segi operasi Allah, pada malam berkat ini juga Allah akan memberi butir-butir tertentu tentang tugasan2 Malaikat keatas manusia untuk di selenggarakan dalam masa satu tahun sehingga ketahun akan datang. Perkara-perkara ini dikenali sebagai perkara penetapan Allah untuk di laksanakan pada tahun itu. Ini termasuk lah segala kebaikan, kejahatan, ujian-ujian, pertolongan, kehancuran, kesuburan dan kegawatan, perhubungan dan perceraian taufik dan hidayah serta pertelingkahan termasuklah semua jenis qada qadar Allah yang di pisah kan dari Loh Mahfuz pada malam berkat tersebut untuk tindakan para Malaikat masing2. Catitan berikut boleh menjelaskan operasi ini.

“Pada malam itu Allah akan menulis dan memisah kan semua perkara-perkara yang di tetapkan dalam Loh Mahfuz dari jenis rezeki2 hamba2 Allah, ajal2 mereka, dan semua urusan mereka kecuali kebahgiaan dan kecelakaan untuk di operasi kan hingga ke tahun hadapan: permulaan pemisahan perkara2 ini dari Loh ialah pada malam berkat itu maka kepingan tulisan berhubung dengan rezeki di serahkan kepada Mikail, dan kepingan tulisan mengenai peperangan, kehancuran, petir dan kerosakkan di serah pada Jibril dan kepingan tulisan mengenai amalan di serahkan kepada Ismail Pengawal Samaiddunia ( dunia ini) (iaitu Malaikat yang terbilang), dan kepingan tulisan mengenai musibah di serahkan kepada Israil” (catatan dari Tafsir Ruhil Bayan juzu 8 ms.404).”

Mengenai Al-Quran pula maka turun nya ia mesti diikuti dengan seorang Rasul untuk menjelaskan nya kepada umat nya. Ini lah peranan Rasulullah saw dengan Al-Quran yang akan di jelaskan kepada yang mau mendengar dan mau beriman. Ini lah RAHMAT dari Allah kepada manusia untuk mereka berfikir dan seterus nya beriman. Jika mereka dapat meyakini diri mereka dengan apa yang di seru oleh Allah, dan apa yang berada di sekitar mereka, keyakinan ini akan membawa mereka kepada beriman pada Allah. Siapa dia Allah itu?

Allah menjelaskan dalam ayat diatas, TIADA yang lain selain dari Allah yang telah mencipta kehidupan setiap yang bernyawa dan Dia sahaja yang mencipta kematian kepada yang bernyawa itu, dan Dialah Allah yang menjadi Tuhan kepada datuk nenek mereka, termasuk Tuhan kepada Adam, dan semua anak Adam. Dialah Allah yang pencipta

Walaupun penjelasan ini di kemukakan pada mereka, maka REAKSI mereka tetap merasa RAGU dan SYAK. Oleh itu mereka memain kan isu-isu ini untuk terus hidup dalam keadaan syak, serta mengejek-ngejek kebenaran dari Allah itu.

Pengajaran kepada kita sebagai pembaca

Mohon pada Allah untuk terus Allah kukuhkan Iman kita kepada Allah, mohon agar Allah mendorong kita menggunakan Al-Quran untk mendapat tunjuk ajar langsung dari Allah. Kekuasaan Allah adalah agong dan setiap diri kita ini sentiasa di bawah operasi dan penglihatan Allah, walau pun sesetengah nya di laksanakan oleh para Malaikat. Ini termasuk nasib kita dalam satu-satu tahun, taqdir kita yang mungkin datang dari perlakuan kita. Ulangi ayat-ayat ini dan faham pengertiannya dan pohon di kuatkan iman dan akidah kita agar ianya tidak sesat, sebagaimana sesat nya mereka yang tidak mahu beriman.

TAFSIRAN SURAH AD-DUKHAN

Ayat-ayat 9-16


" بل هم فى شك يلعبون, فارتقب يوم تأتى السماء بدخان مبين, يغشى الناس هذا عذاب أليم, ربنا اكشف عنا العذاب انا مؤمنون, أنى لهم الذكرى وقد جاءهم رسول مبين, ثم تولوا عنه وقالوا معلم مجنون, انا كاشفوا العذاب قليلا انكم عائدون, يوم نبطش البطشة الكبرى انا منتقمون".

Mafhum nya:
“ (Mereka tidak mempercayai atau meyakini apa jua penjelasan yang di beri) malah mereka berada dalam keraguan yang nyata dan menjadikan dalil-dalil itu sebagai mainan /gurauan. (Dikatakan Rasulullah saw terus berdoa dan doa beliau di terima Allah) oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) kedatangan ASAP kemarau dari langit yang jelas (menyebabkan mereka kebuluran yang dahsyat).Ia nya akan menimpa seluruh manusia yang kufur itu sehingga terkeluar kata-kata ; “ Ini adalah azab yang pedih yang pernah diturunkan”. (pada saat itu akan kedenganran RAYUAN mereka dengan kata-kata;) “Wahai Rabb, Tuhan kami, hapuskan lah azab yang pedih ini dan kami akan beriman!” Apa pula yang harus mereka ingat (tentang beriman itu jika Allah menghapuskan azab tersebut?) sedangkan sepatut nya mereka dah beriman, kerana mereka telah di utuskan seorang Rasul yang memberi cukup keterangan2 mengenai iman itu. Sesungguh nya, apabila semua nya kembali normal , mereka akan bercakap2 sesama sendiri, disamping terus mengingkari keimanan,dan menempelak Rasul dengan berkata; “ Dia tu seorang tukang ajar yang gila!” Telah menjadi anggapan, jika Kami menghapuskan azab tersebut walaupun sedikit, mereka akan kufur seperti sebelum nya. Ingatlah kamu semua akan terus ditimpa azab besar yang dahsyat disuatu hari (dengan kemenangan perang oleh lawan kamu), sesungguhnya itulah azab yang lebih besar dari keingkaran kamu itu.”

Ayat 9 diatas menjelaskan segala penerangan dari awal ayat surah ad-Dukhan ini ke ayat 8 ,yang dibuat oleh Allah TIDAK memberi kesan langsung kepada mereka yang kufur dari kalangan Kafir Mekah. Mereka terus tidak beriman, tetapi mengujudkan situasi syak dan ragu atas kebenaran itu. Malah mereka mempersendakan agama sebagai satu permainan yang menjadi sorakan ramai.

Dari Ibnu Masuud ra, beliau berkata; “ setelah Rasulullah saw berdakwah dan orang2 Quraisy terus menentang dan bertindak liar ketas Rasulullah saw, maka Rasulullah saw pun berdoa ; “ Ya Allah, turunkan azab keatas Mudhir, (iaitu azab yang menyerupai azab pada 7 tahun ke-2 Mesir di bawah Nabi Yusof) dan Allah merestui doa tersebut maka berlaku lah kemarau yang melampau dan kebuluran di Mekah sehingga banyak orang yang memakan tulang dan bangkai dan apabila mereka mendongak ke langit mereka dapat seolah-olah ASAP yang menyelubungi permukaan langit. Apabila bala yang turun itu terus menekan kaum Mudhir maka mereka datang bertemu Rasulullah saw, setelah berada dalam azab itu selama 40 hari , dan berkata; “ Wahai Rasulullah saw, mohon lah pada Allah agar di tolong kaum Mudhir kerana mereka hampir binasa dengan Asap tersebut.” Maka Rasulullah saw terus memberi minum kepada kaum Mudhir ini, maka Allah menurunkan ayat; “انا كاشفوا العذاب قليلا انكم عائدون” ( kami telah mengatasi azab tersebut sedidkit2, tetapi mereka akan tetap berbalik kepada kekufuran mereka). Oleh itu ayat selepa nya , Allah berkata’
“يوم نبطش البطشة الكبرى انا منتقمون"” ( iaitu pada Hari peperangan Badr, mereka akan menrima azab yang besar (dgn kekalahan dan hentaman yang kuat dari tentera Muslimin) dan sesungguh nya itulah dendam kami (atas keingkaran mereka).

Ayat diatas juga mempersoalkan orang yang kufur membuat syarat beriman jika Allah mengangkat dari mereka azab tersebut? Mengapa memberi syarat, sedangkan Rasulullah saw telah di hantar kepada mereka menjelaskan tentang keimanan yang sepatut nya mereka telah beriman? Jangan meletakkan syarat kepada Allah dalam soal Iman, apa lagi selepas mereka di bebaskan dari azab itu mereka terus balik kepada kekufuran, mempermainkan Rasulullah saw dengan berkata yang Rasulullah saw adalah seorang yang mendapat ilmu dari orang asaing dan ianya gila.

Lantas selepas penghinaan itu, berlakulah peperangan antara Muslimin dengan Qurasih Mekah dalam peperangan Badr dimana kemenangan pertama kepada muslimin keatas orang-orang Kafir Mekah. Azab kedua yang mereka terima ialah di BELASAH dengan kuat nya oleh orang2 Islam yang jumlah tentera nya jauh lebih kecil dari tentera Quraisy.

Konsep SYAK di jelaskan oleh ulama tafsir bukan saja terkena pada orang yang kufur tetapi meliputi semua manusia. Pertama mereka membiarkan hati-hati mereka di litupi oleh rasa syak, samada benar atau tidak semua ajaran Allah ini? Orang-orang yang lalai juga akan mengundang rasa syak dalam hati mereka, dan mereka akan teragak-agak dan ini akan menjauhkan mereka dari kebenaran. Orang-orang yang syak ini akan bersekongkol dengan sifat munafiq yang menjadikan bahan agama dan keimanan sebagai gurauan yang juga akan mempengaruhi mereka lebih jauh dari kebenaran. Lebih-lebih lagi mereka terus terlibat dalam mencintai hidup dunia ini.
Hati-hati yang syak ini tak akan masuk kedalam nya sebarang nasihat dan iman, takut yang ada hanyalah pura2 sahaja.

Sebuah cerita pengalaman pentafsir dengan seoarang remaja bawah umur di Mekah. Beliau melihat bibir remaja itu berkumat-kamit dan beliau terus memberi salam kepada nya. Beliau bertanya apa yang di ucapkan oleh remaja itu. Jawab nya dia sedang menzikir Al-Quran yang di hafalnya. Beliau terus menyoal remaja itu, ‘umur kau bawah baligh dan engkau belum di tetapkan dosa pahala. Jawabnya, aku melihat mati boleh berlaku pada yang kecil atau yang dah dewasa. Beliau terus di tanya, mana bekalan kamu dalam masa haj ini? Remaja itu menjawab, “ aku yakin, aku adalah tetamu Allah yang selalunya, Dia yang menjemputku, pasti nya dia akan menyediakan pada ku makan-mimumku!. Orang yang sibuk dengan persediaan mereka adalah kurang yakin terhadap konsep tamu Allah, aku tak mahu terhina dan aku menjaga adab ku dengan Allah Tuhan ku!. Pengalamanku dengan remaja kecil ini membuatku terasa betapa keyakinanku lebih rendah jika di bandingkan dengan remaja itu.”

Asap-tanda kiamat?

Ada pendapat yang mengatakan bahawa Asap dalam surah ini di kaitkan dengan tanda-tanda berlakunya qiamat. Dalam sebauah Hadis, dari Abi Said al Khudri yang mencatatkan yang Rasulullah saw berkata; “Asap yang akan menyelubungi angkasa raya dan menghantui manusia semua, bagi orang yang beriman mereka akan merasai sakit seperti lelah dan salesema dan bagi oring kufur ianya menyumbat lubang telinga mereka dan binasa dengan tekanan itu”.Itulah tandanya qiamat akan berlaku.


TAFSIRAN SURAH AD-DUKHAN


Ayat 17 – 33

" ولقد فتنا قبلهم قوم فرعون وجاء هم رسول كريم 17 أن أدوا الى عباد الله , انى لكم رسول أمين 18 وأن لا تعلوا على الله , انى ءاتيكم بسلطان مبين 19 وانى عذت بربى وربكم أن ترجمون 20 وان لم تؤمنوا لى فاعتزلون 21 فدعا ربه أن هؤلاء قوم مجرمون 22 فأسر بعبادى ليلا انكم متبعون 23 واترك البحر رهوا انهو جند مغرقون 24 كم تركوا من جنات وعيون 25 وزروع ومقام كريم 26 ونعمة كانوا فيها فاكهين 27 كذلك واورثناها قوما اخرين 28 فما بكت عليهم السماء والارض وما كانوا منظرين29 ولقد نجينا بنى اسرائيل من العذاب المهين 30 من فرعون انه كان عاليا من المسرفين31ولقد اختر نا هم على علم على العالمين32 واتيناهم من الايات ما فيه بلاء مبين 33 "

Tafsiran nya;
“ Dan demi sesungguh nya,sebelum kemunculan mereka, Kami telah menguji kaum Firaun, dan mereka pun telah kami utuskan seorang Rasul ( iaitu Nabi Musa as) yang mulia.17) (Rasul ini lah yang telah merunding dengan Mereka serta berkata): “Pulangkan semula hamba2 Allah ( iaitu bani Israel yang berada dibawah tekanan Firaun) itu kepada ku, kerana sesungguh nya aku ini adalah Rasulullah saw utusan kepada kamu semua yang menjalan kan amanah Allah.18) “ dan jangan lah kamu menyombong terhadap perintah Allah, sesungguhnya aku ada membawa kepada kamu mukjizat yang jelas nyata.19) “dan aku ini telah pun memohon perlindungan dari Allah Tuhan Rabb ku dan Rabb kamu semua dari perbuatan merejam kamu untuk menyakikti ku.20) “ dan sekira nya kamu tidak mau beriman dengan kerasulan ku ini maka jangan lah menganggu aku.21) (setelah itu, Firaun menolak dan tidak bersetuju atas rundingan itu) maka Nabi Musa pun berdoa kepada Allah Tuhan nya; “Sesungguh nya mereka ini adalah dari kaum yang penuh dosa (dosa yang sebati dengan kekufuran mereka) dan zalim.22) ( maka Allah pun memerintah Musa kataNya;) “ Bawa lah kumpulan Bani Israel ( yang berada di bawah tekanan Firaun itu) bersama-sama engkau keluar dari bumi Mesir di waktu malam, kerana kamu semua akan di kejar oleh kaum Firaun dengan tentera nya.23) (dan teruskan perjalanan kamu semua sehingga menemui laut ) “dan tinggalkan laut itu dan menyeberangi laut itu dengan tenang, ianya akan terbelah memberi laluan, dan yang mengejar kamu dari kaum Firaun itu ialah tentera yang akan di tenggelamkan dan binasa”.24) (dengan tenggelam nya Firaun dan tentera nya maka) mereka dari kalangan Firaun itu akan meninggalkan banyak kebun buah-buahan, dan ruang rehat bermatair.25) dan juga berbagai jenis ladang-ladang pertanian yang luas serta istana-istana yang meluas.26) dan juga semua kemewahan hidup yang selama ini mereka kecapi.27) Begitulah berakhirnya satu kuasa besar yang runtuh akibat tidak beriman dan derhaka: dan Kami jadikan segala tinggalan Firaun itu sebagai harta warisan kepada kaum yang lain; iaitu kepada kaum Bani Israel.28) Pemergian mereka itu sedikit pun tidak di tangisi oleh baik langit atau bumi dan pemergian mereka tidak di beri amaran tempoh atau sebagai nya.29) Sebalik nya Kami telah menyelamatkan Bani Israel dari azab dan penghinaan dari Kaum Firaun.30) dari sikap menindas Firaun itu sendiri, kerana Firaun adalah dari seorang raja yang sombong takbur dan terkenal sebagai orang yang melampaui batas dalam melaksanakan kekajaman nya.31) dan Kami telah memilih Bani Israel itu sebagai kumpulan terpilih pada zaman mereka pada seluruh alam.32) dan mereka telah di bekal kan melalui nabi Musa as dengan berbagai mukjizat terkini guna menguji mereka dan membentuk sikap mereka kepada keimanan.33)

Penjelasan tafsir:

Setelah Muhammad mendakwah mereka, satu perbandingan dibuat oleh Allah untuk di fikirkan oleh Orang Quraisy Makkah, tentang Firaun, yang angkuh, sombong , ingkar kenabian Musa as, musnah kerana menolak iman, menolak kebenaran yang di bawa oleh Musa as. Segala kebesaran, kekayaan, rezeki yang mewah habis musnah di warisi oleh kaum Bani Israil. Adakah Orang2 Quraisy mau balasan yang demikian? Insaflah dan ikut lah kenabian Muhammad saw!

Allah mula menguji Nabi Musa as dan kenabiannya denga menghantarnya kepada kaum Firaun yang menghuni Mesir. Tujuan nya ialah supaya mereka beriman kepada Allah, dan memperlihatkan kepada mereka sesuatu mukjizat yang mungkin membuka minda mereka kepada beriman. Malang nya Firaun tetap memilih Kekufuran dari keimanan.

Konsep ‘fitnah’ ialah kaum firaun selama ini hidup dalam kemewahan, luas rezeki mereka, tetapi mereka hidup penuh maksiat diatas bumi Allah. Bani Israel ialah amanah Allah dibawah tangan Firaun dan kaumnya dan mereka perlu di pulangkan semula kepada bumi mereka di Palestin dan di Syam dan terkeluar dari perhambaan oleh Firaun keatas mereka.

Siapa Nabi Musa as ?

Beliau seorang Rasul yang mendapat banyak kemuliaan dari Allah, di antaranya seorang yang terlalu sabar, berakhlak mulia boleh berkomunikasi dengan Allah tanpa perantara dan boleh mendengar kalam Allah. Kisah Firaun dengan Musa as boleh di jadikan iktibar kepada kaum Quraisy agar mereka tidak meneruskan kedegilan mereka, balik kepada jalan Allah, dan menerima Muhammad sebagai nabi utusan Allah, dan beriman dengan Allah dan dengar apa yang di sampaikan oleh Rasulullah saw kepada mereka . Malang nya orang Quraisah tidak menjadikan nya iktibar tetapi meneruskan kedegilan mereka.
Nabi Musa yang di tentang oleh Firaun itu telah berdoa kepada Allah dan lantas itu Allah telah meminta beliau membawa keluar bani Israel dari bumi Mesir pada waktu malam dan menuju ke Laut Merah bertujuan untuk membawa balik mereka kenegri asal mereka di Syam dan bumi Palestin. Di antara amaran-amaran Musa as kepada Firaun ialah ;

A) Jangan Takbur dan jagn menghina
B) Jangan menolak kenabian Musa as atas hujah yang jelas.
C) Musa sentiasa berada di bawah jagaan Allah yang bertawakkal kepada Nya sebagai mengelak dari tentangan Firaun
D) Pilihan di beri oleh Musa kepada Firaun; jika mereka tidak bersetuju dengan Musa maka jangan lah ganggu agama yang di bawa oleh Musa itu

Rundingan ini tidak di terima oleh Firaun dan Musa bersama Bani bergerak ke Laut Merah dan Allah telah memberi petunjuk agak Musa as jangan teragak-aagak untuk memasuki ruang air dalam laut untuk menyeberangi laut bagi mengelak dari dibunuh oleh tentera Firaun yang mengikut mereka itu. Kumpulan Musa dan Bani Israel terselamat kedaratan sebelah sana dan Firaun dan tenteranya terperangkap dan tenggelam dalam laut. Habislah riwayat Firaun yang Zalim melampau itu akibat kedegilan mereka.


Apa kah mesej nya kepada kita?

Firaun yang kaya raya, dengan istana diatas air yang mewah hancur dan tenggelam kerana tak mau beriman dengan Allah dan Rasul nya
Harta-harta yang banyak itu menjadi tinggalan dan di warisi oleh satu kaum yang lain kerana zuriat Firau terus di pupuskan oleh Allah. Pewaris nya ialah Bani Israel.
Pemergian mereka penuh dengan penghinaan. Bumi tempat mereka berpijak tidak sedikit pun menangisi pemergian mereka, apa lagi langit tempat mereka berada di bawah nya tidak sedikit pun sedih.
Pemergian mereka itu sedikit pun tidak di tangguh dan berlaku dalam keadaan sekelip mata saja, akibat sombong dan bongkak. Ini lah keadaan orang-orang kufur yangmaksiat. Dicatit kan bahawa mukmin yang maksiat apabila mereka telah melakukan dosa, ianya tidak di catitkan lagi dalam suhuf amalan mereka atas Rahmat Allah tetapi di beri kesempatan untuk mereka bertaubat. Kadang2 Allah menurunkan musibah-musibah keatas mereka guna untuk menghapus kan semua dosa-dosa mereka.

Catatan sebuah Hadith riwayat Syuraih Hadrami yang berkata Rasulullah saw pernah bersabda

« Islam bermula dengan penuh kehairanan, dan berakhir pun dengan penuh kehairanan, orang 2 yang kehairanan diakhirat kelak akan di beri keselesaan ; tanya sahabat, siapa mereka ? Ya Rasulullah saw ? Jawab nya ; Mereka adalah orang yang beriman sentiasa membaiki yang rosak dan lakukan amal soleh. Wahai mukmin yang kehairanan jika mereka mati keseorangan maka ianya akan di tangisi oleh langit dan bumi. Kemudian Rasulullah saw membca ayat :
"فما بكت عليهما السماء والارض" (maka langit dan bumi tidak menangisi ketas mereka).
Syidina Ali dan Ibnu Abbas ra berkata: “ seseorang yag beriman yang mati akan di tangisi oleh tempat sujud nya itu di bumi dan di tangisi oleh perjalanan naik nya amalan nya di langit”.

Bagaimana dengan Bani Israel?

Bani Israel adalah cucu Nabi Yaakob as dan mereka telah di lepaskan dari kekejaman Firaun dan kaum nya. Firaun terkenal dengan melaksanakan hukum yang zalim dan menindas.
Allah telah menjadikan mereka sebagai umat yang terpilih sebagai orang yang berilmu, alim dalam zaman mereka kerana banyak nabi-nabi di turunkan dari kalangan bani Israel, dikurniakan kepada mereka nikmat yang jelas untuk mereka bersyukur.
Kurniaan kepada mereka dengan Nikmat serta Bala agar mereka membuat pilihan yang betul dalam iman mereka.

Kepada Kita sebagai pembaca? Berikrarlah agar kita tidak sedegil Firaun, kita beriman dengan Allah dan Rasul nya dan mohon bimbingan Al-Quran agar iman kita mantap.



TAFSIRAN SURAH AD-DUKHAN

Ayat 34- 37

" ان هؤلاء ليقولون 34 ان هى الا موتتنا الاولى وما نحن بمنشرين 35 فأتوا بأبائنا ان كنتم صادقين 36 أهم خير أم قوم تبع واللذين من قبلهم , أهلكناهم , انهم كانوا مجرمين 37.

Tafsiran

“ Sesunguh nya orang-orang musyrikin Mekah akan berkata kepada mu dan kepada pengikut2 mu, wahai Muhammad;34. “ Mati yang akan kami tempuhi itu hanya lah mati sekali sahaja dan sekali-kali kami tidak akan dibangkit semula lagi; 35; “ Jika benar dakwaan kamu itu, sila bawakan datuk nenek kami dahulu yang telah mati itu (untuk kami Tanya merka tentang itu)” 36; (Mengapa mereka masih berdegil dalam kekufuran mereka?) Adakah mereka terhandal dan terkuat dalam kekufuran mereka itu berbanding dengan kaum ‘Tubbaq’ dan orang-orang kufur sebelum mereka? Mereka semua telah kami binasakan ebih awal kerana dosa-doasa mereka (yang terus kufur pada Allah dan berdosa).37.

Tafsiran

Orang-orang kafir Mekah menolak sama sekali ada nya hidup semula selepas mati. Hujah nya,, datuk2 nenek mereka yang telah mati itu tidak pulang-pulang lagi dan terus menghilang.Kalau boleh hidup selepas mati, mereka pasti boleh pulang sekarang. Logik ini telah pernah di berikan oleh kaum2 sebelum mereka, iaitu kaum Tubbax dan yang terdahulu. Kaum2 ini telah di musnah kan sama sekali akibat kekufuran mereka. Adakah kaum musyrikin Mekah lebih kebal dan lebih kuat dari kaum-kaum sebelum mereka itu? Jika Allah mau mereka juga musnah?.
Mengapa Allah bandingkan kaum musyrikin Mekah dengan Kaum Tubbaq? Kedua2 adalah dari bangsa Arab, Tubbaq adalah kaum Arab Yemen dari Qahtan sedangkan kaum musyrikin Mekah juga keturunan Arab dari Adnan. Jarak diantara kedua kaum ini hampir sekitar 700 tahun.

Kaum Tubbaq yang telah di musnahkan itu adalah di bawah seorang Raja negeri Sabak. Diantara pengikutnya, pernah meninggalkan Sabak, Yemen dan bergerak hingga ke Samarkhand dan kemudian menuju Mesir dan mereka ke Madinah di zaman Jahiliyah dan ingin menaklukinya. Tetapi beberapa yahudi memberitau mereka yang negeri itu adalah akan di perintah orang Nabi Terakhir Muhammad saw. Mereka pun membatalkan niat mereka an bergerak ke Mekah dan bercadang menakluki Mekah dan menguasai Baitullah. Juga mereka batalkan niat mereka setelah di nasihat.
Adakah musyrikin Mekah beriman? Masih tidak dan masih mendustakan Rasulullah saw. Apa pun , dakwah Rasulullah saw terus menerus mengajak mereka ke Jalan Allah dan beriman.


Ayat 39-42

" وما خلقنا السماوات والارض وما بينهما لاعبين38: ما خلقناهما الا بالحق ولكن أكثرهم لا يعلمون39: ان يوم الفصل ميقاتهم أجمعين40: يوم لا يغنى مولا عن مولا شيئا ولا هم ينصرون 41: الا من رحم الله انه هو العزيز الرحيم 42:

Tafsiran

“ Dan Kami telah mencipta langit dan bumi serta segala-gala yang berada di antara nya bukan lah untuk satu permainan 38. Kami menciptanya adalah berdasarkan konsep ALHAQ ( iaitu dasarnya IMAN, SYARIAT, kearah kebahgiaan dunia dan akhirat dan yang kufur kearah neraka dan balasan); yang ini banyak orang tak tahu 39. Sesungguh nya Hari Akhirat ( Hari yang Memutuskan Penghakiman atas amal seseorang) adalah waktu nya semasa mereka berkumpul di Mahsyar40. Iaitu suatu hari dimana seorang kawan karib tidak dapat membantu rakan nya, walau seikit pun dan tidak sesiapa yang dapat menolong dan di tolong ( dari azab yang di terima);41 KECUALI mereka-mereka yang telah di beri Rahmat oleh Allah (hasil dari iman dan amal mereka di dunia dulu), sesungguh nya Allah itu Berkuasa membalas keatas yang ingkar tetapi Pemberi Rahmat kepada yang beriman 42.

Tafsiran

Ayat2 diatas menjelaskan konsep KEADILAN ILAHI yang telah mencipta bumi dan langit serta apa2 yang ada diantara nya itu dengan misi tertentu.Bukan ianya dicipta untuk permainan atau suka-suka. Boleh menjadi perosak dan merosakkan bumi ini kemudian melarikan diri tanpa balasan? Yang menzalimi tidak di balas dan yang di zalimi tidak terbela? Yang kuat terlepas dan yang lemah tertindas? TIDAK, ianya di cipta atas satu falsafah ALHAQ. Mahasuci Allah itu dari segala tuduhan bodoh ini, Dialah Allah yang Esa, al Malikul Haq, Dialah Rab kepada Arash yang maha Pemurah. Manusia adalah ‘accountable’ atas apa yang mereka amal kan. Pokok utama ialah BERIMAN kepada Allah, menyakini kemurahan Allah mencipta segala nya untuk kepentingan hidup manusia. Mengambil kesempatan atas segala tunjuk ajar dari Rasul2 yang diutus untuk menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Secara tegas Allah menyatakan bahawa hari akhirat ialah hari dimana Allah memisahkan diantara yang beriman dan yang tidak beriman. Mereka di pisahkan pada hari dimana semua manusia di kumpulkan di Mahsyar. Pada hari itu, siapa pun tidak boleh memberi pertolongan kepada yang lain, walaupun mereka itu keluarga terdekat. YANG MENOLONG IALAH AMAL DAN IMAN. Orang yang mendapat pertolongan dari Allah ialah orang-orang yang mendapat RAHMAT Allah. Rahmat ini datang dari amalan baik mereka di dunia lagi. Allah di jelas kan dengan 2 sifat2 yang kontra, Pertama Dia Maha BERKUASA menjalankan operasi azab dan Kedua Dia Maha Penyayang kepada orang yang beriman yang menjalan kan tugas-tugas soleh mereka di dunia lalu.



Tafsiran Surah AD-Dukhan
Ayat-ayat 43-50

" ان شجرة الزقوم 43 طعام الاثيم 44 كالمهل يغلى فى البطون 45 كغلى الحميم 46 خذوه فاعتلوه الى سواء الجحيم 47 ثم صبوا فوق رأسه من عذاب الحميم 48 ذق انك انت العزيز الكريم 49 ان هذا ما كنتم به تمترون 50.

Erti nya

“Ingatlah, sesungguh nya pohon Zaqqum (pokok berbuah dalam neraka), (buahnya) menjadi makanan orang-orang kufur dalam neraka, (makanan itu panas seperti minyak panas hitam) seperti tembaga cair, mendidih apabila masuk dalam perut, seperti mendidih nya air yang meluap-luap kerana kepanasan nya, (Lalu diperintahkan kepada penjaga Neraka) “Rentaplah keluar orang yang kufur itu dan seret lah mereka ke tengah-tengah neraka, dan kemudian curahkan lah keatas kepala mereka dengan air panas yang mengelegak itu, serta katakan lah kepada mereka dengan mengejek; “ nah rasalah azab seksa ini! wahai orang yang berpengaruh dan terhormat dlm masyarakat kamu dulu, (dan katakan lagi kemudiannya; ) “sesungguhnya , inilah dia rupa nya seksaan itu yang kamu dahulu nya ‘ragu-ragu’ tentang nya”.

Tafsiran:

Ayat2 43-50 diatas khusus menggambarkan balasan kepada mereka yang ingkar hari bangkit semula, tidak mengindahkan Al-Quran, tidak mau mengunakan fikiran untuk menilai konsep mati dan hidup selepas mati, dan yang menentang dakwah Rasulullah saw saw, seperti Abu Jahal akan kekal dalam Neraka Allah. Allah menceritakan bahawa terdapat sejenis pohon yang hidup dalam neraka dan buah nya menjadi makanan kepada ahli neraka yang kelaparan. Apabila menelan buah nya maka buah-buah itu akan menjadi cair masuk kedalam perut mereka dan bertukar menjadi cecair panas dan membakar segala organ perut mereka dengan kepanasan nya. Mereka di perlakukan dengan kasar sekali oleh Penjaga neraka atas arahan Allah, dimana mereka di tarik rambut dan di heret ketengah-tengah neraka. Apabila sampai disana, para Malaikat ini akan mengambil air yang panas menggelegak itu dan dicurahkan keatas kepala mereka. Bagi memperingatkan mereka semula atas kedegilan mereka dulu itu , maka para Malaikat itu diarah berkata menyindir, seperti , ‘ nah rasalah seksaan ini, wahai yang di hormati dan yang di segani! Dan juga kata-kata, nah rasalah , ini lah dia azab yang pernah disampaikan pada kamu dulu dan yang kamu ingkar dan tidak percaya itu, rasailah dia!’”.

Sabuah Hadis yang menceritakan sebab turunnya ayat ini; Hadith riwayat Asbat bin Muhammad, dari Abu Bakar Hazali dari ‘Akramah yang berkata; “ Rasulullah saw telah bertembung dengan Abu Jahal dan berkata padanya; : Hai Abu Jahal, Allah meminta aku mengkhabari engkau bahawa ‘binasalah engkau dan kebinasaan sudah dekat dengan engkau, kemudian nerakalah yang lebih layak untuk engkau’. Jawab Abu Jahal, ah! Engkau dan Tuhan engkau tak boleh berbuat apa2 pada ku, engkau tahu kan bahawa aku telah menghalang banyak orang agak mengingkari engkau, dan aku ni orang yang pekasa dan di muliakan’. Allah telah mentaqdirkan Abu Jahal mati dalam peperangan Badr dan di hinakan kematian nya itu. Maka turunlah ayat;
ذق انك أنت العزيز الكريم
( nah! Sekarang rasalah, sesungguh engkau adalah orang yang terhormat dan di segani!).


Ayat-ayat 51-59

" ان المتقين فى مقام أمين 51 فى جنات وعيون 52 يلبسون من سندس واستبرق متقابلين 53 كذلك وزوجناهم بحور عين 54 يدعون فيها بكل فاكهة ءامنين 55 لا يذوقون فيها الموت الا الموتة الاولى ووقاهم عذاب الجحيم56 فضلا من ربك ذلك هو الفوز العظيم 57 فانما يسرناه بلسانك لعلهم يتذكرون58 فارتقب انهم مرتقبون 59.

Ertinya;
“ Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa akan di tempatkan dalam keadaan aman sejahtera, iaitu dalam beberapa taman2 Syurga, dengan pancaran matair2 yang nyata, dengan berpakaian kain sutera nipis dan yang tebal bersulaman. Sesama mereka ialah penghuni yang sama yang berhadapan antara satu sama lain dalam perbualan. Demikianlah keadaan mereka, dan bidadari-bidadari menjadi rakan taulan mereka, ianya cantik dan sedap memandang bentuk mata mereka. Apa saja yang mereka mahu, dari buah-bahan akan diperolehi segera dan mereka terus berada dalam keadaan sentosa. Mereka tidak akan merasai kematian kedua lagi setelah mereka lalui kematian dulu dan Allah sendiri akan menyelamatkan mereka dari api Neraka Jahim. Penganugerahan demikian rupa, adalah sebagai penghargaan terus dari Rab, Allah Tuhan mereka, dan ini lah dia satu Kemenangan Yang Maha Agung. Maka kami telah memudahkan Al-Quran itu dengan berbahasa Arab supaya mereka insaf dan beringat, jadi, jika mereka terus mendustakan kamu, maka tunggulah kesudahannya dan sesungguh nya mereka juga sedang menunggu kesudahannya.”.

Tafsiran

Ayat-ayat 51-59 diatas memberi gambaran sebaliknya tentang kumpulan orang yang bertaqwa, iaitu Tidak Kufur, Tidak Maksiat, dan Beriman dengan Penuh Ketaatan,serta menggunakan Al-Quran sebagai bimbingan hidup mereka, setelah mereka mati mereka akan di tempatkan di dalam keadaan sentosa dari sebarang KETAKUTAN, iaitu takut dari segala tekanan, himpitan, keletihan, dari Syaitan dan dari semua musibah dan fitnah . Kesentosaan ini ialah dalam Syurga Allah yang di gambarkan dengan penuh kemewahan tempat tinggal dan pakian serta keselisaan yang di layan oleh para bidadari yang ditugaskan untuk layanan tersebut. Tekanan kepada Mati sekali lagi sudah tiada, kerana hanya kematian pertama sahaja. Apa lagi untuk menjejaki azab-azab Allah dalam neraka Jahim. Keadaan dalam Syurga begini adalah satu PENGANUGERAHAN dari Allah atas limpah kurnia Nya kepada mereka2 ini.Ini lah yang di kenali sebagai KEMENANGAN BESAR yang akan di lalui oleh yang beriman.
Seterus nya, selepas Allah menggambarkan tempat kembali nya orang2 yang beriman ini, SEKALI LAGI Allah membawa minda kita kearah Al-Quran, yang diturunkan itu. Ianya adalah di cipta dengan bermatlamat kan mudah di fahami, mudah di ingati, mudah di pelajari dan mudah di baca dan di amalkan untuk memberi hidayah kepada orang yang mau beriman. Ianya dalam bahasa arab yang mudah dan hanya memerlukan sedikit pengorbanan untuk mepelajari nya. Sesungguh nya Al-Quran adalah sebesar2 nya MUKJIZAT kepada yang mau beriman untuk meneliti jalan hidup ini agar sesorang itu beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat. Allah mencabar golongan yang tidak mau kepada Al-Quran dan ingkar pada keimanan supaya sama2 menunggu kesudahannya. Apa kesudahan orang yang tak beriman? Apakah matlamat hidup mereka? Kesudahan mereka ialah kehancuran hidup mereka dan kehancuran tempat ‘berpulang mereka’? Sama-sama kita tunggu.

Kesudahan kepada orang yang beriman ialah PERTOLONGAN, kemenangan, dan peninggian kalimat Allah padanya di dunia dan akhirat dan ianya adalah untuk orang-orang yang beriman dengan Muhammad,dan rakan-rakan nabi dan rasul2 dan pengikut2 mereka dari orang yang beriman.

Penutup

Saya keluarkan catitan pentafsir Imam Ismail Haqqi Marusi dalam Kitab Tafsirnya “Tafsir Ruhul Bayan” ms 433 tentang khasiat surah ini; Kata nya;

“ Terdapat Hadis-Hadis Sohih khasiat surah ini; contoh nya Rasulullah saw pernah bersabda mafhum nya ; “ Sesiapa yang membaca surah Ha Mim Addukhan ini di malam Jumaat maka dia sentiasa mendapat pengampunan diatas dosa-dosa nya sehingga ke waktu subuh esok nya”. Ertinya,dia memasuki waktu subuh dengan keadaan terampun semua dosa-dosanya. Sebuah Hadis lain, Rasulullah saw bersabda mafhumnya; “ sesiapa saja yang membaca surah ad-Dukhan di satu malam, maka Allah menghantar kepadanya 70 ribu malaikat yang memohon Allah mengampun kan semua dosa-dosanya”. Kedua-dua Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra.
Atturmizi pula pernah meriwayatkan sebuah Hadith yang di riwayatkan oleh Abu Umamah yang berkata ; “ Aku pernah mendengar Rasulullah saw berkata; “ sesiapa yang membaca surah Ad- Dukhan ini di malam Jumaat atau di hari Jumaat, maka Allah akan membina kepadanya sebuah mahligai dalam syurgaNya; Ini bererti Allah mengarahkan para Malaikatnya membina sebuah rumah untuknya di dalam Syurga.

Nasihat Imam ini , iaitu ada baiknya kita menghidupkan malam hari dengan banyak membaca surah ini dan menghayati intipati ayat ini serta beramal dengannya untuk hidup di dunia ini, dan pohonlah keredhaan Allah agar amalan dengan Al-Quran akan dibalas dengan pahala yang besar. Amin.




No comments: