Thursday, September 18, 2008

SEPULUH PERKARA UTK RENUNGAN DLM HAJ

SEPULUH PERKARA UTK RENUNGAN DLM HAJ

Sumbangan daripada Al Ghazali dari Kitab Ihya Ulumuddin


1. NAFKAH DARI YG HALAL

1. Perbelanjaan ka Makkah utk Haj mestilah dari sumber yg halal; TANGAN pula kosong dari sebarang perniagaan; HATI nya bersih dari sebarang tekanan, hendaklah sentiasa tenang; LIDAH nya dipenuhi dengan Zikrullah.

2. Segala-gala urusannya setelah dibuat diserahkan kepada Allah dan matlamat nya ialah membesarkan kedaulatan Allah.

3. Sebuah Hadis mencatatkan bahawa pemergian membuat Haj diakhir zaman dari kalangan ketua negara untuk pembersihan diri; dan dari orang kaya-kaya untuk berniaga; dari orang miskin kerana masalah-masalah mereka dan dari pembaca al Quran kerana riak. Semuanya ini akan menghalang fadilat Haj dan terkeluar dari pengkhususan ibadat sebenar.

4. Pastikan NIATnya utk menziarahi Baitullah, membantu muslim yang lain dalam melicinkan pengerjaan Rukun Islam kelima ini.

2. TIDAK BERSUBAHAT DGN SETERU ALLAH DENGAN WANG

1. Jangan menyerahkan wang ringgit kepada mereka yang menyusahkan pengerjaan Haj ini , mungkin dari kalangan pihak berkuasa, atau kepada perseorangan yang mengambil kesempatan. Menyerahkan wang kpd mereka membantu kezaliman.

2. Cari jalan untuk elak membantu kezaliman ini melalui helah-helah yang ada.

3. Membatalkan pengerjaan Haj dan balik semula kenegeri masing-masing adaah lebih baik dari membantu KEZALIMAN

4. Amalan memberi Bakhis kepada pemandu Bas dan membayar wang untuk kelancaran Bas ini adalah salah satu cara membantu kezaliman, dan patut dihindarkan. (Sebagai Contoh)

3. BEKALAN YANG SESUAI DAN BANYAK

Bekalan yang sesuai, jiwa yang bersedia dan perbelanjaan yang tida membazir hendaklah diamalkan sepanjang pengerjaan Haj

Jemaah Haji yang terbaik adalah pemilik niat yang ikhlas kepada Allah dalam semua pengerjaan dan gerak langakah Haj nya itu

Segala perbelanjaan nya dalam urusan haj dijadikan sebagai menyucikan diri-nya dari segala kekotoran pendapatan selama ini

Tanamkan KEYAKINAN dalam diri yang Allah pasti menerima amalan Haji nya itu dengan berbekalkan amalan yang sempurna itu.

أفضل الحجاج أخلصهم نية , وأزكاهم نفقة , وأحسنهم يقينا

Mafhumnya: Sebaik2 jemaah haj adalah yang ikhlas niatnya, perbalanjaanya sebagai zakat dan keyakinan (diterima) tinggi.

4. TINGGALKAN RAFAZ, FUSUQ & JIDAL

Minda seorang jemaah hendaklah meninggalkan 3 perkara berikut dalam semua masa sewaktu mengerjakan Haj:

RAFAZ; iaitu berborak & bercakap tak menentu, keterlaluan dan buruk mengenai wanita,jimak yang boleh membangkitkan rasa syahwat yang ditegah.

FUSUQ: iaitu keluar dari mentaati Allah, sebagai seorang fasiq

JIDAL: iaitu ketrlaluan dalam pertengkaran yang boleh menimbulkan rasa dendam dan perseteruan diantara sesama manusia.

Acapkali seorang jemaah itu bukan hendak menolak tekanan TETAPI boleh menanggung bebanan berbekalkan kesabaran yang tinggi dan ketahanan yang jitu serta mengharapkan rida Allah

5. BANYAK BERJALAN SEWAKTU HAJ

Jika terdaya, pengerjaan Haj dengan berjalan kaki adalah lebih baik dari menaiki kenderaan; itu pun jika ia berkemampuan berbuat demikian.

Perkataan Haj bererti gerakan tubuh badan sambil beribadat

6. ELAK TAKBUR DAN RASA TINGGI DIRI

Jangan berbangga kerana duduk di hotel mahal, kereta istimewa, dan memiliki sikap takbur dan besar diri.

Elak kan pembaziran dan menunjuk2 kepada yg lain tentang kemewahan kita

7. MERENDAH DIRI

Bersikap rendah diri dan ianya dapat di lihat sebagai seorang yang beribadat.

Tidak memakai pakaian yang mencurigakan dan menampak kan kepaa orang lain sebagai riak, sombong dan menunjuk-nunjuk kekayaan atau bangsawan

Tidak berkecenderongan kearah unsur-unsur kemegahan dan pembaziran

Rasulalah ditanya dan menjawab; amalan haji yang terbaik ialah banyak bertalbiah dan sembelih binatang pada hari Nahr.

8. BERKORBAN

Ia itu mendekatkan diri kepada Allah pada hari-hari Nahr dan hari-hari tasyriq dengan mengorbankan binatang.

Hadis Aisyah; Amalan anak adam yang terbaik dihari nahr ialah menumpahkan darah binantang sembelihan, kerana di hari qiamat datang kepadanya sebagai bukti, dan sebagai hasanah dan mambantu MIZAN

9. BAIK SANGKA

Tenang hati diatas semua perbelanjaan nya dan kurban nya, jika terasa rugi ianya petunjuk kepada penerimaan haj nya.

Setiap musibah di masa haj menyamai perbelanjaan kejalan allah.

Satu dirham sedekah menyamai 700 dirham balasan nya; ianya dibayar kerana ada nya kesusahan dalam jihad kita mengeluarkan sedekah itu.

Tinggal segala maksiat

10. BERILTIZAM MENINGGALKAN SEMUA MAKSIAT

Tukar jenis kawan yang maksiat kepada kawan-kawan yang soleh

Tukarkan perhimpunan yg melalaikan kepada majlis zikrullah.

Wednesday, September 17, 2008

salam perkenalan

assalamualaikum wbt,

blog ini adalah khusus untuk anda diluar sana yang ragu-ragu dgn kebanyakkan perkara yg berlaku di dalam umrah dan haji.

disini, saya harap dapat membantu anda dalam memahami kehendak umrah dan haji dengan segala pengalaman saya perolehi selama ini.