Wednesday, June 10, 2009

FADILAT MENGAJAR ALQURAN KEPADA ANAK2 DAN KESAN TIDAK MENGAJAR AL QURAN

Assalamualaikum wbt,


Kebanyakan ibubapa islam menegaskan anak2 mereka untuk berjaya di dalam bidang akademik dan tidak menyedari hakikat tuntutan fardhu mengajar sendiri anak2 kita ilmu Al-Quran.


Disini, mari kita meneliti fadilat mengajar Al-Quran kepada anak-anak/ khusus nya anak2 lelaki dan implikasi dari meninggalkan pengajaran kepada mereka dapat kita lihat dari beberapa Hadis-hadis.

Hadis-hadis Fadilat

Diantara Hadis-hadis fadilat ialah;

1) Diriwayat dari Abdullah bin Samurah ra, kata nya, seorang lelaki datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan bertanya: Ya Rasulullah s.a.w., Apakah kelebihan pahla kepada seseorang bapa/ibu yang telah mengajar Al-Quran kepada anak-anak nya? Jawab Rasulullah s.a.w.. “ Al-Quran itu adalah Kalam Allah yang tidak berkesudahan!”.Selepas itu Jibril as telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan lantas Rasulalah bertanya soalan yang sama dan mendapat jawapan yang sama. Jibril kemudaian bertanya dengan Israfil dan anih nya Israfil menjawab dgn jawapan yang sama. Kemudian beberapa ketika Jibril pun turun dan bertemu Rasulullah s.a.w. dan berkata; Ya Rasulullah s.a.w., Allah menyampaikan salam keatas engkau, sesiapa yang mengajar anak2 nya dengan Al-Quran, maka pahala nya menyamai amalan haj dan umrah selama 1100 tahun lamanya, dan seolah-olah ia melepaskan 10 ribu hamba dari tuannya, seoalah2 dia berperang bersama Rasulullah s.a.w. dalam 10,000 medan peperangan, seolah2 ia memberi makanan/pakaian kepada 10 000 orang yang kelaparan dan yang perlukan baju. Al-Quran yang di ajarkan itu akan bersesama nya dalam kubur sehingga ia di bangkit kan semula dan ia nya memberatkan TIMBANGAN baik-buruknya sehingga ia menyeberangi Sirat seperti kilat. Al-Quran akan terus berada didalam hatinya sehingga Allah memuliakannya dan ia nya adalah cita2 yang terbaik.”

2) Rasulullah s.a.w. pernah bersabda; “sesiapa yang telah mengajar anak-anak nya membaca Al-Quran ianya lebih baik dari ibadat puasa selama seribu tahun siang nya dan bertahjjud malamnya. Ianya lebih baik dari memberi 1000 dinar sedekah pada orang yang miskin,

3) Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda; Sesiapa yang mengajar anak-anak nya dengan Al-Quran, Alla akan membekalkan nya dengan Nur dari tengkoloknya dan ianya menyebabkan semua orang yang awwaliin dan akhirain terpegun melihatnya’.

4) Rasulullah s.a.w. juga bersabda; “ sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan nya, maka Allah akan memakaikan tengkolok diatas kepala-kepala dua ibu bapanya dan terpancar nur dari nya yang lebih cerah dari cahaya matahari.

5) Hak-hak seorang bapa kepada keluarganya adalah;

a) Memberikan nama-nama yang terbaik kepada anak2 nya

b) Mengajar mereka membaca Al-Quran dan meneliti ilmu di dalam nya

c) Mengkhatan anak-anak lelaki mereka

Anak2 yang tidak tahu membaca Al-Quran, maka kedua-dua ibu bapanya berhak menerima balasan di akhirat nanti. Lantas Rasulullah s.a.w. bersabda; “ Neraka Wail di sediakan untuk ibu bapa yang tidak tahu membaca Al-Quran, Adab, dan fardu-fardu dan mereka membesarkan anak2 mereka sebagai orang jahil dan aku pohon Allah lindungkan aku dari keadaan ini.”


  • Dari Huzaifah bin Yamani, dan dari Abi Said al Khudri ra dalam satu hadis Marfu’; menyatakan Rasullallah pernah berkata; “ Bahwa terdapat satu kaum yang sedang di seksa oleh Allah dgn azab yang sanagt keras. Terdapat knak-kanak yang sedang mempelajari al Quran dan membaca; “ALHAMDULILLAHI RABBIL ‘Aa LAMIN dan suara itu di dengar oleh Allah dan dengan sebab itu Allah telah mengangkat azab dari kaum itu selama 40 tahun,
  • Diriwayat dari At-Turmizi ra dari Hadis Ibnu Abbas ra; Rasulullah s.a.w. pernah berkata; “ Orang-orang yang tiada sedikit pun Al-Quran didalam diri nya sama lah dengan sebuah rumah usang yang menunggu rebah ke bumi”.

No comments: