Sunday, March 15, 2009

tambahan ilmu..SURAH ALMULK

SURAH ALMULK
33 ayat, diturunkan di Makkah

Sabda Rasulullah: mafhumnya “terdapat satu surah yang mengandungi 30 ayat dalam alQuran yang memberi syafaat kepada pembacanya,sehingga terampun semua dosa-dosa nya” Dari Abu Hurairah

تبارك الذى بيده الملك وهو على كل شئ قدير

‘Timbal balik BARAKAH dari IMAN kita kepada Allah. Dialah Allah yang ditangan Nya memiliki KEKUASAAN atas segalanya. dan Dia berkuasa diatas segala sesuatu.

Timbal balik Barakah kpd seseorang yg beriman dgn Allah kerana dia meredhai Allah sehingga Allah meredhai nya.’

Ini lah konsep barakah yang ditonjol utk dihayati oleh seorang Muslim yang mukmin.

  • Beriman kepada Allah, kerana Allah paling berkuasa menentukan semua urusanNya keatas makhluk mengikut kehendak Nya, tidak pernah dipersoalkan kekuasaan Nya dalam apa saja ciptaan Nya

.

  • Allah berkuasa diatas segala sesuatu, baik dalam ciptaan Nya, maupun dalam urusan Nya, kuasa nya terlalu agong. Bergantung dan beriman kepada Allah adalah yang terbaik kerana pergantungan kita kepada yang berkuasa.

Kesimpulan ayat

Adalah penuh barakah kepada seseorang yang beriman kepada Allah dengan sepenuh ikhlas hati nya dan pergantungan kepada Allah banyak menguntungkan kita kerana kita bergantung kepada yang maha Berkuasa, Pemilik kuasa yang adil dan penuh HIKMAH. Allah melaksanakan kuasa Nya tanpa batas keatas segala sesuatu di dunia ini

الذى خلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملا وهو العزيز الغفور

“Dialah Allah yang telah mencipta kamu dari TIADA (maut) kepada ada dan kehidupan semata-mata menduga kamu agar ditentukan siapakah yang terbaik amaln naya di dunia ini, Dialah Allah maha PERKASA (bengis mengazab kamu ) dan maha Pengampun)

Pencipta yang mencipta hidup makhluk nya dari TIADA kepada ADA

APAKAH MATLAMAT HIDUP INI?

Bersesuaian dengan Penciptaan kita dari TIADA kepada Ada dan hidup ini, maka MATLAMAT sebenarnya ialah MELAKUKAN AMAL SOLEH dan Allah akan MENGUJI kita dan hasil ujian ini Allah akan MEGETAHUI samada kita dengan intelligen yang dikurniakan Allah membuat pilihan amal soleh atau sebaliknya.

Ini bererti perjalanan hidup ini dari alam tiada kepada alam ini dan hidup ini diminta supaya melakukan amal soleh dengan beriman kepada Allah.
Jika kita tidak beramal soleh, tetapi beriman kepada Allah maka Allah berhak menngazab kan kita (AL AZIZ). Tetapi dalam melakukan amal soleh dan kita menyeleweng dan kemudian kita memohon ampun diatas dosa tadi maka Allah maha pengampun (AL GHAFUR)

الذى خلق سبع سموات طباقا, ما ترى فى خلق الرحمن من تفاوت, فارجع البصر هل ترى من فطور, ثم ارجع البصر كرتين ينقلب اليك البصر خاسئا وهو حسير

"Dialah Allah yang telah mencipta langit-langit sebanyak 7 ‘lapisan’, kamu semua tidak akan mendapati bertindih fungsi sedikit pun dari ciptaan Allah yang Rahman itu, kemudian perhatikanlah sekali lagi adakah kamu dapat mencari sedikit kecacatan dari nya? Kemudian lakukan kajian demi kajian berkali-kali dan hasil nya kamu akan kecewa untuk mencari kecacatan nya. Jika orang kufur, nescaya kamu akan kecewa melihat keagongan Allah sebagai PENCIPTA"

ALLAH SEBAGAI PENCIPTA? FUNGSI CIPTAAN NYA TIDAK BERTINDIH?

Allah sebagai pencipta Agong, mencipta langit dalam bentuk lapisan sebanyak 7 lapisan; iaitu merupakan kawasan tinggi seolah-olah sesuatu berada diatas sesuatu yang lain atau ianya berhubung diantara satu sama lain tetapi dipisah kan dengan kawasan kosong. Hadis al Isra’ menjadi panduan dan belum ditemui manusia.

Allah menyarankan kita melihat langit dan bumi dan lihat semua fungsi-fungsi nya dan menggunakan inteligen kita untuk membuat penilaian sendiri. Langit dan bumi di cipta Allah dengan matlamat menyibar kan RAHMAT Nya untuk makhluk yang ada.

Sudah pasti tidak sedikit pun ada KECACATAN.

Muslimin Perlu Membuat Kajian Penyelidikan Bumi dan Langit?

Bagi memantapkan Iman kepada Allah, kita di saran kan mengkaji cipataan Allah dan kajian hendaklah dilakukan bertubi-tubi bagi menghasilkan informasi yang jelas.

Hasil dari kajian ini akan memberi inspirasi kepada yang beriman untuk memperkuatkan iman nya kepada Allah sebagai pencipta; TETAPI bagi yang tidak beriman akan kecewa mencari-cari sesuatu yang tidak mungkin ditemui kecuali melalui IMAN kepada Allah.

Orang yang kufur, dan menyatakan ciptaan ini sebagai semula jadi akan terus kecewa dan tidak menemui kebenaran dan rugi hidup mereka sebagai orang yang KAFIR

ولقد زينا السماء الدنيا بمصابيح وجعلناها رجوما للشياطين, وأعتدنا لهم عذاب السعير

“Sesungguh nya kami telah menghiaskan permukaan langit diatas kamu itu dengan gemerlapan bintang-bintang yang bercahaya, dan kami percikan tahi bintang itu untuk merejam syaitan-syaitan yang cuba merosakkan sesuatu. Syaitan-syaitan yang merupakan perosak di dunia ini, dan kufur kepada Allah, ditetapkan mereka dengan azab dari api neraka Sa’ir.”

CIPTAAN LANGIT & BINTANG-BINTANG

Lihatlah kearah atas kepala kita, iaitu langit yang terbentang luas,terdapat bintang-bintang seolah-olah lampu yang di pasang, Tidakkah ia membawa kita menyoal bagaimana ia terjadi, tergantung tidak bertali, mengeluarkan cahaya yang cantik pada pemandangan.

Tahi bintang yang terjadi itu rupa-rupanya di taqdirkan Allah utk merejamkan syaitan-syaitan. Syaitan adalah makhluk yg di laknat Allah dan kerjanya ialah mewas-was kan manusia menjadi KUFUR. Inilah penghinaan kepad makhluk yang kufur kepada Allah.

Syaitan-syaitan ini telah dijanjikan neraka Sa’ier.

Oleh itu PERKUATKAN lah iman kita pada Allah dan jangan lah menjadi pengikut Syaitan dalam hidup ini,kerana Syaitan sangat dihina oleh Allah didunia dan di akhirat dan dialah sumber utama kekufuran manusia kepada Allah.

وللذين كفروا بربهم عذاب جهنم وبئس المصير

“ditetap kapada orang kufur pada Allah, tuhan yang menciptanya, itu neraka Jahnam dan itulah tempat pulang yang seburuk-buruk nya”

Bagi orang-orang yang masih tidak boleh menerima Allah sebagai Tuhan Penciptanya walau pun mereka yang berada di dunia dapat melihat sendiri ciptaan Allah itu, maka ia telah KUFUR kepada Allah.

Rupa-rupa nya, imbasan keagongan Allah dari langit yang terbentang luas dan kejadian-kejadian yang ada diseklilingi nya tidak sedikit pun memberi erti kepada nya tentang Allah yang dikenali sebagai Rab, yang sayang kepada nya.

Mereka yang telah menerima rahmat Allah didunia ini akan di humbankan kedalam neraka Jahnnam. Neraka ini melambangkan kepulangan terburuk seorang hamba Allah selepas dia kembali kepada Allah nanti. Samalah mereka dengan syaitan tadi.

GAMBARAN NERAKA

اذا ألقوا فيها سمعوا لها شهيقا وهى تفور, تكاد تميز من الغيظ
“Apabila orang-orang yang kufur ini dihumban kedalam api Neraka, akan kedengaran suara pekik kan yang nyaring dan meraung-raung kuat.dan pada masa itu kelihatan neraka itu sedang mengelegak, kemarahan, seolah-oalah dia hendak mengoyak-ngoyak kan badan orang yang dicampak itu”

Inilah gambaran ngeri bagi orang yang kufur pada Allah sewaktu mereka di humban kedalam neraka, akan terdengar suara pekikan dan jeritan kuat meraung-raung.

Kehangatan api neraka jelas mengelegak dan membuat orang yang dicampak lebih ngeri dan raungan nya itu lebih kuat.Neraka yang mengelegak itu alikan seolah-olah marah dan kemarahan nya itu hampir merobek kan jasad orang yang di campak itu

Itulah neraka dan bagaimana orang yang KUFUR ini akan di kerjakan.

Sebagai orang yang beriman kita mohon agar tidak menjadi orang saperti yang di gambarkan ini.

كلما ألقى فيها سألهم خزنتها ألم يأتكم نذير, قالوا بلى قد جاءنا نذير فكذبنا وقلنا ما نزل الله من شئ ان أنتم الا فى ضلال مبير

Setiap kali hendak dicampak orang kufur ini kedalam neraka, para malaikat akan bertanya kepada mereka soalan in: “ Adakah kamu pernah dicerita kan tentang neraka dan azab ini?

Jawab mereka ketika itu; “ Ya kami pernah mendengar nya, sayang nya kami telah tidak percaya, sebaliknya kami mengatakan begini; “ Tak kanlah Allah akan menurun kan sesuatu pun, dan kamu wahai rasul adalah sesat besar”

وقالوا لو كنا نسمع أو نعقل ما كنا فى أصحاب السعير, فاعترفوا بذنبهم فسحقا لاصحاب السعير

Dengan penuh kekesalan mereka berkata,”Kalaulah kami cuba mendengar atau memikirkan nya betul-betul , nescaya pada hari ni aku tidak di campak kedalam neraka bersama orang kufur”

Mereka terus menyesal dan mengakui dosa-dosa mereka, dan jauh lah orang-orang neraka Sa’ir ini ini dari Rahmat Allah

ان اللذين يخشون ربهم بالغيب لهم مغفرة وأجر كبير وأسروا قولكم أو اجهروا به انه عليم بذات الصدور

“Sesungguhnya bagi orang-orang yang beriman kepada Allah,sentiasa takut diatas kemurkaan Nya jika melakukan maksiat, sedangkan mereka tidak melihat Allah dengan mata kepala mereka, MAKA orang-orang begini di kurniakan PENGAMPUNAN keatas dosa-dosa mereka dan dikurniakan pahla yang besar. Oleh yang demikian samada dengan amalan yang senyap-senyap atau dengan terang-terangan kearah kebaikan hendaklah dilakukan dalam hidup ini kerana Allah mengetahui hati-hati kamu dan apa yang tersirat didalam nya”

Begitulah mafhum ayat diatas.

KESIMPULAN AYAT INI

  • . Untuk mendapat pengampunan dari Allah, kita diminta takut melakukan sesuatu yang mendatangkan kemurkaan Allah.
  • . Perkuatkan iman kepada Allah walaupun Allah tidak dapat kita lihat dengan mata kasar tetapi hanya kesan kejadian nya seperti milhat alam semesta cipataan Nya.
  • . Pokok nya hati yang soleh akan mendapat tempat di sisi Allah, bukan perkataan yang keluar dari mulut kita.
  • . Jadikan lah amal baik dalam hidup ini sebagai matlamat hidup bagi mendapatkan janji Allah, iaitu PENGAMPUNAN diatas segala dosa kita dan KEMULIAAN dari Allah.
  • . PENGAMPUNAN dan MENDPAT KEMULIAAN DARI ALLAH adalah HARAPAN besar setiap individu muslim.

Contoh yang di cerita oleh Ibnu Kathir

Terdapat 7 kumpulan manusia yang di lindungi Allah di akhirat kelak diantaranya;

  • . Sorang lelaki yang di goda oleh seorang perempuan yang berpangkat tetapi dia berkata; “aku takut kepada Allah” dan tidak tergoda utk satu maksiat.

  • . Seorang yang sentiasa bersedekah sehingga membangunkan orang yang miskin dan pada akhir nya tiada lagi yang perlu pada sedekah nya.

الا يعلم من خلق وهو اللطيف الخبير
Tidak kah terlintas dihati kamu yang Allah itu, yang telah mencipta sekelian makhluk Maha Mengetahui segala-gala nya, sedang kan terlalu HALUS urusan ciptaanNYa, dan terlalu mendalam Pengetuan Nya?

Tidak kah Allah itu maha mengetahui tentang makhluk nya, kerana Dia lah pencipta nya, Dia yang mencipta dan Dia tahu ciptaan nya utk apa? Allah mengetahui setiap satu ciptaan Nya, bukan sahaja mengetahui luaran nya , malah gerak hati makhluk nya.

Ciptaan Nya berdasarkan Ilmu Nya, kepakaran Nya, kehalusan ciptaan makluk Nya yang tidak dapat di cipta oleh yang lain selain Allah. Ciptaan roh, perasaan, kasih sayang semua menemui matlamat Allah iaitu penerusan zuriat makluk didunia ini.

Tidak terpegunkah anda melihat ciptaan Allah, Allah melalui ILMU Nya bersifat Pencipta yang Halus ciptaan Nya, dan maha Pakar dalam ciptaan. TIDAK kah kita boleh menerima Allah sebagai PECIPTA yang di sembah? Sekurang2nya kita juga adalah CIPTAANYA!

هو الذى جعل لكم الارض ذلولا, فامشوا فى مناكبها وكلوا من رزقه واليه النشور
Dialah yang mencipta bumi ini untuk kamu dngan cara mudah di gunakan, dan oleh itu, berjalan lah di merata-rata ceruk rantau nya,dan makan lah dari rezeki kurniaan Allah,

DAN ingatlah kepada Allah, kerana tempat kembali kamu ialah kpada Allah

Bagaimana pula dengan Bumi?

Sebenarnya BUMI Allah itu dicipta untuk manusia dan makhluk-makhluk lain, bumi ini dicipta sebegitu rupa memudahkan manusia menggunakan nya untuk kepentingan hidup mereka. Inilah nikmat kurniaan Allah menjadikan bumi dimana diatasnya manusia dapat membina rumah bertujuan berteduh, berzuriat dan ketenangan. Dicipta matair memudahkan pengairan bagi menumbuhkan jaringan tanaman untuk dimakan. Manfaatnya kepada manusia tidak terhingga.

Bagi membuktikan anugerah nikmat ini, Allah meminta kita berjalan merata-rata ceruk rantau bumi ini, untuk mencari rezeki Allah dalam bentuk perniagaan, pekerjaan dsb nya dan sangat mudah kerana semuanya telah dipermudahkan kepada manusia. Bertawakkal kepada Allah, kita hendaklah mencorak kan aktibiti kita kearah kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Dalam mencari rezeki, pastikan kita tidak lupa halalharam nya pencarian kita itu KERANA kita akan berpulang kepada Allah untuk dihisab kan amalan kita. Erti nya, berjalan lah dengan IMAN dan AMAL untuk rezeki kita.

أأمنتم من فى السماء أن يخسف بكم الارض فاذا هى تمور, أم أمنتم من فى السماء أن يرسل عليكم حاصبا فستعلمون كيف نذير

“Boleh kah kamu merasa aman dan tenang ( jika kamu tidak beriman kepada Allah) jika Allah yang pemerintahan nya di langit itu, menunggang-balik kan bumi ini ( diatas kekufuran kamu) lalu bergegarlah bumi dan melenyapkan kamu semua?
Atau boleh kah kamu semua merasa aman dan tenang (jika kamu tidak beriman kepda Allah) jika Allah yang pemerintahan Nya di langit itu mengizinkan angin ribut yan menghujani kamu dengan batu, baru lah kamu tahu (wahai yang kufur pada Allah) betapa buruk nya amaran Ku itu?”

Gegaran bumi & taufan batu

Bagi orang-orang yang tetap kufur mereka dijauhkan dari rahmat Allah, dan Al-Quran telah mencatat kan sejarah kaum terdahulu saperti kaum Noh, ‘Aad, Thamud, Luth, Madyan yang pernah Allah hancur dan pupuskan zuriat mereka kerana kekufuran mereka.

Sepatut nya orang yang kufur kepada Allah tidak akan merasa aman dan tenang, jika Allah mengulangi azab nya keatas mereka dengan gegaran bumi yang menghancurkan atau dengan taufan batu yang meranapkan mereka di bumi ini. Al Quran hanya sekadar memberi amaran kepada mereka.

Itu lah contoh kemurkaan Allah kepada mereka yang kufur dan menyesat kan, azab Allah sangat pedih

ولقد كذب اللذين من قبلهم فكيف نكير, أولم يروا الى الطير فوقهم صافات ويقبضن ما يمسكهن الا الرحمن انه بكل شئ بصير

“ Dan sesungguhnya! Sebelum kamu semua, terdapat kumpulan orang-orang yang mendustakan rasul-rasul lalu mereka di binasakan, oleh itu , hendaklah kamu perhatikan bagaimana buruk nya kemurkaan ku.

Patut kah mereka menutup mata dan tidak memerhati kan kekuasaan Allah bagaimana burung-burung yang berterbangan diatas mereka, dan terfikir siapakah yang menjaga burung-burung ini ketika ia mengembangkan sayap dan mengatup nya? Siapakah yang menahan nya dari terjatuh ketanah KECUALI Allah yang Maha Rahman. Allah melihat dan mengetahui tiap sesuatu itu”

أمن هذا الذى هو جند لكم ينصركم من دون الرحمن ان الكافرون الا فى غرور, أمن هذا الذى يرزقكم ان أمسك رزقه بل لجوا فى عتو ونفور

“ Bahkan, siapakah dia tentera bagi kamu, yang boleh menolong kamu selain daripada Allah yang memberi Rahmat Nya pada kamu selama ini? Sebenarnya orang-orang yang kufur ini telah terjebak dalam ‘menipu diri sendiri’ dan terpedaya dengan kekufuran mereka.

Atau siapakah pula yang dapat mencurahkan rezeki kepada kamu jika Allah tiba-tiba menahan rezeki kamu itu? Sebenarnya tiada ada sesiapa pun yang dapat meberi rezeki pada mereka, bahkan mereka yang kufur itu akan terus kekal dalam kesombongan mereka dan melarikan diri dari kebenaran”

Kekufuran & Kedegilan Membawa Padah

قل هو الذى أنشأكم وجعل لكم السمع والابصار والاقئدة قليلا ماتشكرون.

“Wahai Muhammad, kata kan lah kepada mereka: sebenarnya Allah lah yang telah mengujudkan dan, mengembangkan kamu semua dimuka bumi ini, dan kemudian memberi intelligence untuk kamu bersyukur, sayang nya sedikit sekali kesyukuran kamu kepada Allah, pencipta kamu itu”

قل هو الذى ذرأكم فى الارض واليه تحشرون

Wahai Muhammad katakan lagi kepada mereka: “ Allah juga yang telah membiarkan perkembangan jenerasi kamu diatas muka bumi ini, dan apabila kamu semua mati, kapada Allah kamu semua akan di himpun dan dihisabkan segala amalan kamu”

أفمن يمشى مكبا على وجهه أهدى أمن يمشى سويا على صراط مستقيم
“Adakah orang yang berjalan tersemam muka terjatuh-jatuh itu boleh mendapat petunjuk dihadapan nya, atau merka yang berjalan tegak betul melalui jalan yang lurus rata?”

Allah memberi gambaran betapa orang yang jalan terhoyong hayang dan tersembam dalam satu perjalanan nya dapat menuju matlamat perjalanan nya; Ini bererti orang yang hati nya sudah tidak boleh menerima Allah sebagai Tuhan Pencipta nya tersembam menuju jalan yang tidak diredhai di dunia dan di akhirat. Orang begini tidak dapat menerima hidayah Allah

Dibandingkan dengan orang berjalan betul dan tegap punyai satu matlamat perjalanan nya maka beliau akan sampai kepenghujung jalan iaitu iman dan hidayah Allah

Perbandingan ini membezakan diantara orang yang beriman dengan orang yang kufur kepada Allah.

ويقولون متى هذا الوعد ان كنتم صادقين: قل انما العلم عند الله وانما أنا نذير مبين

“ Kemudian mereka yang ingkar bertanya kepada rasul-rasul ini: “ Bila agak nya akan datang nya hari Qiamat itu, seperti yang kamu semua janjikan kepada kami ? Jika betul lah apa kamu cakap selama ini? Jawab lah wahai Muhammad kepada soalan mereka dengan berkata:

Sesungguhnya, Ilmu Pengetahuan tentang masa kedatangan hari qiamat itu hanya ada dalam ilmu Allah, dan sesungguhnya aku ini hanya lah sebagai seorang Rasul Pemberi Amaran yang terang dan nyata”

فلما رأوه زلفة سيئت وجوه اللذين كفروا وقيل هذا الذى كنتم به تدعون قل أرأيتم ان أهلكنى الله ومن معى أو رحمنا فمن يجير الكافرين من عذاب اليم؟

Apabila mereka telah melihat kehampiran diri mereka kepada azab Allah itu maka berubah terus riak wajah mereka ketakutan dan terus di tempelak oleh malaikat yang berkata : “ Ini lah dia balasan keatas dakwaan kamu selama ini”.

Oleh itu, wahai Muhammad , katakan lah kepada mereka : Jika kamu mendapati kami dan kawan-kawanku ini di binasakan oleh Allah Atau Dia memberi Rahmat Nya kepada kami MAKA siapa pula yang boleh melepaskan kamu yang kufur kepada Allah itu dari azab yang pedih itu?

قل هو الرحمن امنا به وعليه توكلنا, فستعلمون من هو فى ضلال مبين

Katakan kepada mereka; Yang HANYA boleh melepaskan mereka dari azab Allah itu ialah Allah yang bersifat Arrahman. Iaitu penuh kasih sayang pada hambaNya, dan kepada Nya sahaja kita Bertawakkal menyerahkan diri dan jiwa raga kita kepada Nya. Maka pada masa itu kamu semua akan dapat mengetahui siapa kah yang sebenarnya yang SESAT NYATA selama ini.

قل أرأيتم ان أصبح ماؤكم غورا فمن يأتيكم بماء معين

Katakan pada mereka wahai Muhammad; Jika kamu semua dalam hidup ini mendapati air yang diturunkan itu pahit maka agak nya siapakah yang dapat menyelamatkan kamu semua dengan bantuan air yang bersih yang boleh membantu hidup kamu?


Bersama sama kita panjangkan amal soleh dengan mensertakan surah al-mulk dlm bacaan harian kita dengan penuh ketaqwaan. Janji Allah itu adalah benar.

wallahualam

Wednesday, March 4, 2009

tambahan ilmu...PERANAN NABI IBRAHIM DALAM PEMBINAAN SEMULA BAITULLAH

SIAPA NABI IBRAHIM? APAKAH PERANAN NYA DALAM PEMBINAAN KAABAH?
Dan
BAGAIMANA PERIBADINYA MENGIKUT AL QURAAN




واذ ابتلى ابراهيم ربه كلمات فأتمهن, قال انى جاعلك للناس اماما, قال ومن ذريتى؟ قال لا ينال عهدى الظالمين.

Dan ingat lah ketika selesai semua ujian2 ku keatas Ibrahim, dan aku menyatakan ‘Aku akan jadikan engkau wahai Ibrahim sebagai Imam, jawab nya juga dari zuriat ku!, jawab Allah, boleh, dan ianya tidak kepada yang yang zalim

Personaliti Nabi Ibrahim sebagai Rasul adalah melalui UJIAN dari Allah.Ianya dibuat melalui beberapa kes2 dan hikmat2 dan Ibrahim telah sempurnakan nya denga baik.

Allah telah melantik beliau sebagai IMAM dan di ikuti oleh para solihin dan manusia lainhingga hari qiamat. Sehingga doa beliau diterima Allah telah befirman pada Muhammad; ‘kemudian kami wahyukan kepada Engkau supaya menerus agama yang dibawa Ibrahim’.
Muhammad adalah zuriat Ibrahim as dan oleh itu nama Muhammad dan Ibrahim digandingkan bersama dalam amalan umat Muhammad.

واذ جعلنا البيت مثابة للناس وأمنا, واتخذوا من مقام ابراهيم مصلى

ingat kanlah peristiwa Kami telah menjadikan Baitullah sebagai tempat menggandakan pahla amalan haj dan umrah dan tempat yang akan mengamankan seseorang itu dari Neraka, dan mereka terus menjadikan belakang Maqam Ibrahim sebagai Musalla’

Bersempena dengan Pembinaan Semula Baitullah oleh Ibrahim dan anak nya, maka Allah telah mengisytiharkan Baitullah sebagai tempat tumpuan pengerjaan iabdat haj dan umrah dan menggandakan pahala amalan dari nya.

Baitullah juga telah di isytiharkan sebagai Aman dari azab api neraka melalui amalan2 haj dan umrah.

Maqam Ibrahim yang telah merakamkan tapak kaki nabi Ibrahim sewaktu beliau mendirikan semula Baitullah itu telah dijadikan sebagai tempat jemaah bersembahyang dan musalla.

ربنا تقبل منا انك أنت السميع العليم

Ya Allah, terima dan restui lah sedikit amalan baik kami ini, sesungguh nya Engkau maha Pendengar dan maha Mengetahui’

Ini lah doa kedua-dua Ibrahim dan anak nya Ismail setelah selesai membina semula Baitullah itu.

Setelah Ibahim pulang ke Pelastine lepas meninggalkan isterinya Hajar, sehingga Ismail menjadi remaja dan ibunya telah meninggal, baru ia datang semula menziarahi Ismail di Mekah. Sambil meminta Ismail ‘menceraikan’ isteri nya yang didapati tak sesuai utk penerusan zuriat Ibrahim. Beliau pulang semula ke Palestine. Kali kedua beliau datang semula ke Mekah dan mendapati isteri itu sesuai untuk Ismail.

Beliau terus keluar menghala kearah Hajar Aswad dan didapati sedang mengangkat batu bata untuk membina Baitullah. Ismail yang datang kemudiannya diminta membantu beliau membina Kaabah.

Setelah selesai pebinaannya maka kedua2 berdoa dan Ibrahim diminta berdiri diatas batu menyeru manusia supaya datang ke Mekah menunaikan Haj dan Allah menyampaikan seruan itu.

وعهدنا الى ابراهيم واسماعيل أن طهرا بيتى للطائفين والعاكفين والركع السجود

dan kami telah mengarahkan satu wasiat yang nyata kepada Ibrahim dan Ismail agar MENYUCIKAN rumah ku (Baitullah) suapaya dapat orang mendatang melakukan tawaf, dan utk orang tempatan beriktikaf, dan utk bersembahyang secara jemaah

Wasiat Menyucikan Baitullah itu kepada Ibrahim dan Ismail adalah simbolik penyucian dari segala bentuk syirik, yang bererti mereka yang datang utk bertawaf, beriktikaf dan bersembahyang jemaah di Mesjidil Haram hendaklah suci dari syirik , dan najis sikap buruk dan masuk kedalam nya dengan hati yang bersih, lidah yang benar, kedua2 tangan yang mulia.
Baitullah dan Masjidil Haram berfungsi untuk tujuan tawaf di Baitullah samada yang datang melakukan Haj dan umrah atau beriktikaf oleh penduduk Mekah atau bersembahyang jemaah.

Pahala duduk memerhati baitullah?
Duduk dalam masjid memerhati Baitullah adalah satu ibadah. Rasulallah pernah bersabda; Sesunguh nya Allah telah menurunkan 120 pahala keatas orang yang berada di Mekah, 60 utk yang tawaf, 40 utk yang bersemnbahyang dan 20 utk yang memerhati Baitullah”

واذ قال ابراهيم رب اجعل هذا بلدا امنا وارزق أهله من الثمرات من أمن منهم باالله واليوم الاخرة, قال ومن كفر فامتعه قليلا ثم أضطره الى عذاب النار وبئس المصير

Ingatlah ketika Ibrahim berdoa; ‘Ya Allah jadikanlah Negeri Mekah ini sejahtera, dan kurniakan rezeki kepada penghuni nya dari segala macam buah2an khusunya yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat. Orang yang kufur pada Allah, mereka hanya mengecap nikmat yg sedikit dan kemudian di campak ke neraka dan itu tempat buruk untuk mereka berpulang’

Inilah doa pertama sewaktu Ibrahim mula tiba ke Mekah setelah meletak kan isteri dan nak nya di sebelah Baitullah an sebelum beliau pulang semula ke Syam.

Dari doa begini, saranan kepada yang menziarahi Mekah utk Haj dan Umah hendaklah berbekalkan IMAN kepada Allah dan hari Akhirat dan menghayati bahawa KEKUFURAN atas nikmat Allah menyebab kan mereka tidak mempunyai PEMBELA menghindar kan mereka dari azab neraka Allah, dan berpulang ke tempat paling terburuk di akhirat nanti.

Inilah hakikat Masjidil Haram dan Baitullah dan kesan nya kepada Penghuni nya, Penziarahnya, agar kita menghayatinya supaya matlamat kita berada di Mekah tidak berlawanan dengan konsep asalnya.

واذ يرفع ابراهيم القواعد من البيت واسماعيل, ربنا تقبل من انك انت السميع العليم

Dan ingatlah ketika Ibrahim telah membina semula Baitullah diatas asas asalnya dengan Ismail; mereka berdoa; Ya Rabb, terima lah sedikit sumbangan baik kami ini, sesungguhnya Engkau maha Pendengar dan Mengetahui

Nabi Ibrahim telah membina semula Baitullah diatas asas asalnya, dan pemula nya ia lah Ibrahim dan di ikuti oleh Ismail yang membantu nya kemudian. Mereka sama2 berdoa lepas itu.
Siapa yang membina Baitullah sebelum ini? Pendapat mengatakan para Malaikat dan mereka tawaf di Baitullah sehingga mendapat keredaan Allah atas kesalahan mereka menentang cadanganAllah mencipta Adam as. Allah telah menizinkan penurunan Hajar Aswad dari Arash Allah dan ianya berwarna putih bersih. Setelah sunami di zaman Noh as, maka Hajar Aswad tersimpan di bukit Qubis dan diserahkan semula kepada Ibrahim sewaktu beliau membina Kaabah itu.

ربنا واجعلنا مسلمين لك , ومن ذريتنا أمة مسلمة لك , وارنا مناسكنا, وتب علينا انك أنت التواب الرحيم
Ya Rabb, jadikan lah kami SEIKHLAS2 hamba kepada mu, dan jadikan lah juga zuriat kami IKHLAS dalam ibadat mereka kepada Mu, dan perlihatkan lah tempat2 kami nak lakukan ibadah dan terima lah taubat kami sungguh nya Engkau Penerima taubat dan Pemberi Rahmat.

Ini lah ‘model’ doa utk kita hayati; jadikan lah kita seikhlas hamba pada Allah, menjadikan jiwa raga kita sebagai total penyerahan diri pada Allah dan sentiasa berasa rendah diri pada Allah dan mentakzimkan Allah.

Kita akur dan ridha atas semua taqdirnya, dan tidak mencabar Allah dalam semua hukumnya.
Kedua2 Nabi agong memohon agar Allah menetapkan iman mereka dan iman zuraiat mereka. Ini sebaik2 contoh utk kita ikuti, di terima oleh Allah khususnya sewaktu kita di Mekah.
Nabi Ibrahim mohon agar Allah menunjuk kan cara melakukan rukun Haj, haram halal nya, tawaf nya, Sai’ nya, jamrah nya agar semua dosa2 orang yang melakukan haj di terima Allah taubat mereka.

ربنا وابعث فيهم رسولا منهم, يتلوا عليهم اياتك ويعلمهم الكتاب والحكمة ويزكيهم انك انت العزيز الحكيم

Nabi Ibrahim memohon agar Allah melantik seorang Rasul dari kaum itu sendiri yang akan mengajar mereka mambaca al Quraan, menghayati kandungan dan hukum2 nya serta mendapat hikmah dari nya serta dengan itu dapat menyuci diri mereka ari kekufuran akidah. Allah menerima doa ini dan telah melantik Muhammad saw sebagai rasul terakhir.

Muhammad adalah Nabi terakhir dan meneruskan agama yang dibawa oleh Ibrahim as.
Doa ini membawa kita kepada doa yang melibatkan zuriat. Kita mohon taubat diatas keterlanjuran kita , dan doa ini memandu kita agar kita memahami ajaran2 Rasulullah melalui al Quran dan ayat serta menggali hikmat yang ada demi menghasilkan penyucian diri dan membawa kepada keredaan Allah.

ومن يرغب عن ملة ابراهيم الا من سفه نفسه, ولقد اصطفيناه فى الدنيا وانه فى الاخرة لمن الصالحين
'Dan sesiapa yang menafikan agama yang dibawa oleh Ibrahim as maka dia sebenarnya memperbodohkan diri nya, sesungguhnya Allah telah memilih Ibrahim dan agama yang dibawa nya didunia ini dan di akhirat beliau akan disaksikan sebagai orang yang soleh’

Allah menyarankan kita jangan sekali-kali menafikan ajaran nabi Ibrahim as dan terima semua syariat dan jalannya. Muhammad saw sebenarnya meneruskan saja agama ini; jika ia menolak agama Ibrahim bererti menolak agama Muhammad dan nabi-nabi selepas Ibrahim. Inilah sebesar-besar kebodohan.

Ibrahim adalah Nabi pilihan Allah, dipilih dari kalangan nabi-nabi dan rasul untuk kesinambungan berkat kenabian dan hikmat. Beliau yang istiqomah dengan agama dan iman nya kepada Allah, dan ini mencerminkan beliau yang soleh diakhirat nanti.

Semuga peribadi Ibrahim yang di paparkan oleh Allah ini akan menjadi ikutan kita khususnya dalam amaln Haj dan umrah.

اذ قال له ربه أسلم قال أسلمت لرب العالمين
Ingatkanlah sewaktu Allah menyatakan kepada Ibrahim supaya menjadi Islam, jawab Ibrahim aku serahkan segala jiwa ragaku kepada Allah Rabbul’alamin

Keperibadian Nabi Ibrahim..
Diantara ciri-ciri keperibadian Islam Nabi Ibrahim ialah sewaktu Allah meminta beliau supaya lebih Ikhlas pegangan agama beliau itu kepada Allah, dan beristiqomah keatas Islam serta mempertahan kan nya, maka beliau menjelaskan nya dengan penyerahan jiawaraga beliau kepada agama Allah.

Diantara ungkapan yang selalu kita baca sewaktu memulakan solat ialah ‘ aku hadapkan wajah ku ini demi kepada yang telah mencipta bumi dan langit, dan aku sekali2 tidak syirik kepada Nya’.

Pencarian Allah oleh Ibrahim sebelum wahyu sangat mengkagumkan. Akhir nya apabila dia berkata “ sesungguh nya sembahyangku ini, agama ku ini, hidup ku ini, dan mati aku kemudian nanti adalah untuk Allah dan kerana Allah, Tuhan semesata Alam’. Dia benar2 mengetahui diri nya dan Allah Tuhan nya.

ووصى بها ابراهيم بنيه ويعقوب يا بنى ان الله اصطفى لكم الدين فلا تموتن الا وانتم مسلمون
Nabi Ibrahim telah mewasiatkan agama yang lalu itu kepada anak2 nya dan seterus wasiat yang sama oleh Nabi Yaakob kepada anak2 nya dengan berkata ;
‘wahai anak-anakku, sesungguh Allah telah MEMILIH satu agama dan berpeganglah dengannya dan jangan kamu mati kecuali kamu semua telah Islam”


Dalam sejarah, Nabi Ibrahim terus mewasiatkan kepada anak2 nya agar meneruskan agama Islam ini sebagai pegangan hidup. Apabila Nabi Yaakob memasuki bumi Mesir dan mendapati banyak orang menyeambah patong maka beliau juga mewasiatkan anak2 nya agar terus berpegang dengan agama Islam yang dibawa oleh Ibrahim as.

Mengapa anak2, mengapa tidak orang ramai?
Konsep wasiat kepada keluarga menjadi asas dakwah, termasuk awal dakwah Rasulallah dimana ia dikehendaki mendakwah keluarganya terdahulu.

Disinilah bermulanya penerusan agama Islam yang di bawa Ibrahim dan di terus kan oleh anak-anak dan zuriatnya hingga munculnya Muhammad saw yang meneruskan agama Ibrahim kepada kita semua.

ام كنتم شهداء اذ حضر يعقوب الموت اذ قال لبنيه ما تعبدون من بعدى قالوا نعبد الهك واله اباءك ابراهيم واسماعيل واسحاق الها واحدا ونحن مسلمون
‘Adakah kamu semua, wahai kaum Yahudi’ menyaksikan saat kematian Nabi Allah Yaakob yang telah berkata kepada anak-anak nya; ‘siapakah yang akan kamu semua sembah selepas kematian ku ini?Jawab mereka’ Kami akan terus menyembah Allah Tuhan yang Esa, dan Tuhan kepada Datuk kami Ibrahim, serata anak-nak nya Ismail dan Ishak sebagai Tuhan Sembahan Yang Esa dan dengan itu kami menyerahkan diri dan jiwa raga kami kepada Nya’.

Inilah ikrar zuriat nabi Ibrahim keatas tauhid dan Islam dan sebagai satu perjanjian yang di meterikan diantaranya dan anak-anaknya. Penyembahan Allah disini termasuk menjadikan semua jenis amalan adalah kerana Allah, demi keredaanNya, dan menjauhkan semua amalan yang bolih menjauhkan diri dari Allah.

تلك امة قد خلت لها ما كسبت ولكم ما كسبتم ولا تسئلون عما كانوا يعملون
begitulah petunjuk kpada kamu tentang umat Nabi Ibrahim dan anak-anaknya yang bersatu yang memimpin dan yang dipimpin, dan segala perlakuan mereka adalah pahala kepada mereka dan apa saja yang kamu teruskan akan menjadi pahla pada kamu dan jangan sekali2 mengambil amalan buruk kaum2 yang lalu

Begitulah kedudukan kepimpinan Ibrahim as dan beberapa nabi-nabi yang merupakan anak-anak nya untuk menentukan satu agama yang perlu dipupuk. Keyakinan, kemantapan dan kematangan setiap nabi yang digambarkan, khusus nya Ibrahim as adalah sebaik2 contoh dan tauladan yang boleh diambil perhatian.

Jika jejak langkah ini diambil sebagai ikutan dan bersikap proaktif dalam menjaga, meyakini dan menyemarak kan agama Islam dan agama Allah ini maka kita akan dikenang dan mendapat pahla atas amalan kita.

Pokok nya ialah amalan, dan bukan keturunan utk menjadi kebanggaan.


KESIMPULANNYA...


Nabi Ibrahim as mempunyai peranan yang besar dalam penentuan ibadat Haji dan dikaitkan dengan Baitullah dan agama Allah.

Keperibadian Nabi Ibrahim digambarkan sebagai contoh iman yang mantap, proaktif yang terbaik dan penjagaan penerusan agama Allah hingga kepada Nabi Muhammad saw.
Nabi Ibrahim dengan Baitullah dan amalan Haj adalah tidak asing lagi. Beliau dikatakan bapa kapda amalan pengerjaan Haj dan dari nyalah tercipta semua rukun, wajib dan proses mengerjakan Haj dan Umrah.

Beberapa rangkaian proses Haji akan melibatkan sejarah beliau, termasuklah Jamrah, Wuquf dan Sai'e.
Wallahhu A’alam.