Tuesday, February 3, 2009

Munjiat: Tafsiran Surah Sajadah


TAFSIRAN SURAH SAJADAH(1)

Pembukaan

Riwayat dari Abu Hurairah ra, yang berkata; Rasulullah membaca surah Alif Lam At Tanzil ini dalam sembahyang fajarnya. (sembahyang subuh). Pada masa yang sama, Imam Ahmad meriwayatkan dari Abi Jubir dari Jabir yang berkata; “ Rasulullah akan membaca surah Alif Lam At Tanzil As Sajdah dan surah Al Mulk setiap kali beliau nak tidur malam”.

Ayat2:1 –3

بسم الله الرحمن لرحيم

الم تنزيل الكتاب لا ريب فيه من رب العالمين أم يقولون افتراه, بل هو الحق من ربك , لتنذر قوما ما اتاهم من نذير من قبلك لعلهم يهتدون.

Mafhumnya: “Alif, Lam, Mim… Kitab al Quraan itu adalah di TURUN kan terus dari Rabbil ‘Alamin dan ianya TIDAK SYAK lagi tentang penurunan nya itu dari Allah. Orang-orang yang kufur menyangkal dan ‘munuduh’ al Quraan itu adalah Ciptaan Nabi Muhammad saw untuk kepentingan nya, Allah menyakin kan kepada kita bahawa al Quraan itu adalah satu KEBENARAN dari Allah dengan bertujuan memperingatkan kaum Arab yang sebelum ini tidak pernah di ingatkan tentang azab jika tidak beriman, SEMUGA dengan ingatan itu mereka akan mendapat HIDAYAH dan mengikuti kebenaran dari Allah itu.”

Allah menurunkan al Quraan dari Rabbul ‘Alamin kepada ‘Alamin kerana;

a) dibaca dan mengingatkan yang lalai dan memberitau perkara2 yang mengembirakan oleh yang beriman.

b) Di hayati oleh manusia dan mendapat nur dari segala rahsia2 yang ada didalam nya, serta mengingatkan mereka yang beriman agar tidak sleweng

c) Menyampaikan khabar gembira dgn janji-janji Allah yang benar, bekekalan selepas mati dan dan mengurangkan tekanan dalam hidup

d) Semua manusia akan bercakap dengan al Haq dari Allah yang al Haq dan ini akan menebalkan iman dan amal baik didunia ini.

Al Quraan di gunaka untuk menyakin kumpulan ahli Fitrah sebelum Rasulallah dan selepas nabi Isa. as. Matlamat dari al Quraan ialah iman dan menjadikan kita sebagai orang yang menrima hidayat dan menjaga kita dari kesesatan.

Ayat 2 :4-6

الله الذى خلق السماوات والارض وما بينهما فى ستة أيام ثم استوى على العرش, ما لكم من دونه من ولى ولا شفيع, أفلا تتذكرون. يدبر الارض من السماء الى الارض ثم يعرج اليه فى يوم كان مقداره ألف سنة مما تعدون. ذلك عالم الغيب والشهادة العزيز الرحيم......

Allah, Rabbul ‘Alamin itulah, yang telah MENCIPTA langit2 dan bumi dan segala yang berada diantara kedua bumi langit ini, dalam masa 6 hari sahaja dan kemudian mengalihkan tunpuan Nya kepada penyempurnaan ciptaan ‘Arash Nya. Tidak ada sesuatu yang lain yang boleh menolong kamu dan membri syafaat pada kamu dalam hidup ini KECUALI Allah. Tak mau kah kamu mendengar semua ini dan berfikir? Tumpu dan fikir lah bagaimana Allah mentadbir segala urusan Nya untuk dunia ini melalui urusan dari Langit ke Bumi melalui Para Malaikat suruhan Nya, yang turun dan naik semula dalam masa satu hari, jika mengikut kiraan kamu didunia menjagkau 500 tahun. (pergi dan balik Malikat dari Arasy nya setiap hari melalui 1000 tahun). Dengan kejadian ini, tidak sesuatu pun yang ghaib semuanya dalam ilmu Allah zahir dan yang jelas untuk di tadbir dan MAHA PERKASA dalam menjalankan urusan Nya dan maha RAHMAT keatas hamba2 Nya dalam pentadbiran Nya.

Pentadbiran Allah atas semua urusan Nya, membolehkan Nya menyaksikan semua amalan hamba2 Nya, kecil besar nya, hinadina nya, dan pada masa yang sama setiap kepayahan diatasi dengan keperkasaan Nya sehingga terlalu hampir semua hamba2 Nya dengan Dia, perkasa dalam memberi rahmat nya kepada hamba2 Nya dan dia adalah SEMPURNA dalam pengendalian Rahmat Nya kepada dunia ini.

Ayat2: 6-9

الذى أحسن كل شئ خلقه, وبدأ خلق الانسان من طين. ثم جعل نسله من سلالة من ماء مهين. ثم سواه ونفخ فيه من روحه , وجعل لكم السمع والابصار والافئدة, قليلا ما تشكرون.

Allah yang mencipta sesuatu itu dengan penuh ketelitian. Dia memulakan ciptaan Adam iaitu manusia pertama nya , dari tanah (yang bercampur dgn air)dan kemudian di ikuti dengan ciptaan zuriat nya yang bertaliarus kebawah melalui airmani yang terkeluar dari sulbi dan taraaaib dan kemudian di tiup kan kedalam nya dengan Roh Nya dan dengan itu di kurniakan kepada manusia intelligence,iaitu pendengaran, penglihatan dan fikran. Sayang nya, sedikit sekali manusia-manusia ini bersyukur kepada Nya atas ciptaan terbaik ini.

Apakah ‘significance’ ayat ini kepada Munjiat?

1. Mempercayai sepenuh hati tentang al Quraan sbg Kitab yang di turunkan Allah untuk kita insaf dan mengikut ajaran nya sehingga kita mendapat HIDAYAT dan TERLEPAS dari KEKUFURAN.

2. Renung dan fikir bagaimana Allah mencipta bumi dan langit dan kita semua; Bumi dan langit dicipta dalam masa 6 hari, dan Ia mencipta Arash. Dia mentadbir bumi ini melalui para Malaikat yang berulangalik dari Arash setiap hari, kalau di hitung mengikur perkiraan kita ianya akanmengambil masa hampir 1000 tahun lamanya. How GREAT he is? Ya AZIM. Manusia ADAM dicipta dari tanah dan penciptaan zuriat nya menyusul kemudian. Ciptaan nya yang un ik dan tersempurna sehingga tidak terfikir tentang ke elok kan nya itu. Adooooh! Allah maha PENCIPTA.

3. Memberi manusia ‘intelligence’ yang boleh berfikir, fikir tentang diri nya, masyarakat nya dan hidup nya, dan memikir tentang Allah, Pencipta nya. SEPATUT NYA kita bersyukur setiap waktu dan masa kepada Nya.

4. Ya Allah, janganlah jadikan aku sebagai orang yang kufur.Hanya Allah sahaja yang boleh kita bergantung dan menjadi pembimbing kita.

5. Dengan itu kita cuba menjadi orang yang kuat beriman dengan Nya.

Tafsiran Surah Sajadah (2)

وقالوا أئذا ضللنا فى الارض أئنا لفى خلق جديد ؟ بل هم بلقاء ربهم كافرون. قل يتوفاكم ملك الموت الذى وكل بكم ثم الى ربكم ترجعون.

“ Orang2 Kafir Quraish ( contoh nya Ubai bin Khalaf) akan berkata; ‘Tidak lah lojik jika kami yang telah mati itu dan badan kami telah hancur dan hilang menjadi tanah, akan dibangkit kan semula sebagai hidupan baru? Kata kan lah wahai Muhammad, yang mereka akan dibangkit kan semula dan akan menghadapi Allah sebagai orang yang kufur. Katakan wahai Muhammad kepada mereka, mereka akan di cabut nyawa oleh Malakul Maut dan mati, manakala Malakaul Maut adalah wakil Allah keatas mereka untuk mematikan mereka dan dengan ini mereka akan berpulang kepada Allah Tuhan ciptaan mereka.”

Ayat diatas menekankan bahawa semua manusia akan mati dan AKAN DI BANGKITKAN SEMULA.Walau pun orang2 kafir menganggap kan ianya tidak lojik kerana jasad yang yang telah hancur dan hilang itu sukar untuk dibangkitkan semula sebagai hidupan baru. Mahu atau tidak semua nya akan menghadapi Tuhan nya, Allah, samada sebagai orang yang kufur kepada Nya atau sebagai orang yang beriman. Proses kematian berlaku kepada individu melalui cabutan nyawa oleh malakul Maut, iaitu Izrael, yang di wakilkan oleh Allah untuk kerja tersebut apabila seseorang itu sampai ajalnya.

Siapa itu MalakulMaut?

Beliau ialah makhuk khusus dari bangsa Malaikat ditugaskan untuk mencabut nyawa makhluk dan masyhur dikenali dengan nama Izrael, dan ia mempunyai pembantu2 untuk mnjalankan tugas berat ini. Ibnu Atiyyah berkata binatang dimatikan bukan oleh Malakul Maut tetapi mengikut fitrah. Manusia, yang di beri kemuliaan oleh Allah akan di kendalikan kematian mereka oleh Izrael dan pembantunya.Pergerakan Malakul Maut dari timur kebarat adalah hanya dgn satu langkah nya sahaja.

Mu’az bin Jabal berkata’ kepada Malakul Maut punyai keistimewaan untuk ketimur dan barat dan ia bersua dengan setiap muka manusia, dimana sahaja ahli keluarga sebuah rumah itu akan di temui nya sehari sekurang2 nya 2 kali.

Di riwayat kan, bahawa Malakul Maut punyai pembantu dari kalangan malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Roh manusia akan di bimbing keluar oleh pembantu2 nya dan apabila sampai ke halkom maka baru lah di cabut semua nya oelh Izrael. Dalam se buah Hadis, Malakul Maut mempunyai 4 muka, Muka Api, digunakan sewaktu mencabut nyawa orang kufur, Muka Bengis digunakan sewaktu mencabut nyawa orang munafik, Muka Rahmah di gunakan sewaktu mancabut nyawa orang yang beriman dan muka seperti Nur di gunakan untuk mencabut nyawa para Anbia, Rasul dan Siddiqin.

Dari sebuah Hadis riwayat Ibnu Abi Hatim, daripaa Jaafar bin Muhammad yang mendengar dari bapa nya ;

Suatu hari Rasulullah melihat Malakul Maut berada diatas kepala seorang sahabat dari Ansar, dan lantas Rasulallah berkata kepada nya ; Wahai Izrael, lembutkanlah cabutan Mu itu dan kesihanilah mengambil nyawa sahabatku ini kerana dia seorang yang beriman !
Jawab Izrael ; Ya Muhammad, bertenang dan waspada ! Aku akan menjadi kawan kepada orang yang beriman. Ketahui lah, apa saja yang berada di atas mukabumi ini, yang berada dalam rumah2 mereka akan bertemu sapa denganku sekurang2 nya 5 kali sehari.Dengan itu baru lah aku ketahui kecil besar mereka, demi Allah, wahai Muhammad, namun begitu, aku tidak berkuasa merentap nyawa mereka hanya setelah mendapat ‘lampu hijau’ dari Allah. Jika aku beretemu mereka2 yang bersembahyang pada waktu nya, dan sampai ajal mereka, aku lantas akan mendekati mereka dan menghalau semua syaitan yang menganggu mereka dan akan aku ajar mereka mengucap syahadah disaat genting itu dan baru aku cabut nyawa mereka’. Kata Ka’abul Ahbar, Malakul Maut datang menyusuri rumah2 kita dalam sehari 7 kali.

INI LAH HAKIKAT KEMATIAN, KITA SEMUA AKAN MENGHADAPI MATI. INILAH KEBESARAN ALLAH. KITA SEBAGAI MAKHLUKNYA PASTI AKAN MELALUINYA. YA AZIM.

Di riwayat kan , setelah semua makhluk mati melalui tiupan sangkakala oleh Israfil, maka Allah akan bertanya Izrael, yang hanya satu yang masih hidup, Kata nya ; Berapa banyak lagi yang masih tinggal ? Jawab Izrael, Ya Rab, Engkau lebih mengetahui dari ku, hanya aku yang DHAIF ini yang masih ada dan Allah berkata kepada nya, ‘Engkau telah bertanggungjawab mencabut dan memberi rasa maut kepada nabi2 dan rasul2 ku dan sesungguh nya semua akan merasai maut kecuali aku. Jawab Izrael : ‘Wahai Allah, rahmatilah ke atas ku, sesungguh nya dia amat lemah. Allah lantas meminta Izrael meletak kan tangan nya dibawah tengkok nya dan duduk diantara Syurga dan Neraka maka Allah sendiri yang mencabut naywa nya dan mati lah Izrael.

Ayat2:12-14

"ولو ترى اذ المجرمون ناكسوا رؤوسهم عند ربهم ربنا أبصرنا وسمعنا فارجعنا نعمل صالحا, انا موقنون. ولو شئنا لاتينا كل نفس هداها ولكن حق القول منى لأملأن جهنم من الجنة والناس أجمعين. فذوقوا بما نسيتم لقاء يومكم هذا انا نسيناكم وذوقوا عذاب الخلد بما كنتم تعملون."

« Dan jika Engkau melihat mereka yang kufur yang menzalimi diri mereka dengan kufur pada Allah, Wahai Muhammad, kamu dapat melihat yang mereka mengetok2 kepala dan menutup muka dalam keadaan malu, kesal dan kecewa serta takut dan berkata; “Ya Rabb, Tuhan ku, pulihkan agar kami dapat melihat dan mendengar sekarang, dan pulangkan lah kami semula kedunia untuk kami lakukan amal soleh, sesungguh nya kami sangat yakin sekarang ini”. Kata Allah sebagai komen Nya, jika kehendak aku, maka aku akan beri hidayah semua pada tiap diri, TETAPI taqdir ku telah mendahului kata-kata ku, iaitu ‘aku akan penuh kan dalam neraka Jahnam dari kalangan Jin dan Manusia yang kufur kepada ku, kerana mereka telah di beri pilihan selama ini”. Serentak dengan itu, sewaktu mereka di dalam Jahannam, Allah berkata; “ Nah rasa lah azab seksaan dari pilihan kamu untuk kufur dan lupa pada aku dahulu, dan masa kini,, tiba giliran ku untuk terus lupa kepada kamu, RASAI lah azabku yang berkekalan itu atas semua perbuatan kamu yang dahulu itu”.

Dari pengertian ayat diatas , jelas lah orang yang kufur kepada Allah, mereka berada dalam Barzakh berkedaan buta dan pekak, tertekan dengan penuh penyesalan kerana kufur mereka pada Allah. ( Jadi mustahil bagi orang yang dah mati ini akan dapat pulang semula ke dunia ini sebagaimana dakwaan setengah2 orang).

Kesimpulan dari ayat2 10 hingga ayat 14 diatas ialah:

a) Allah akan menghidupkan kita semula untuk di hisab kan semuala amalan baik buruk kita di akhirat nanti.

b) Proses pengeluaran roh oleh Izrael sebagai Malakul Maut adalah benar

c) Oleh kerana roh Allah ditiup kan kedalam manusia, maka Izrael di tugaskan mencabut roh itu bila sampai ajal nya. Orang yang beramal dan beriman akan di lindungi Allah dan juga Malaikat Muat dari rentapan yang menyakitkan. Oleh itu pohon lah agar kita balik pada Allah BUKAN sebagai orang yang KUFUR tetapi sebagai orang yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH di dunia ini.

d) Orang-orang yang kufur pada Allah akan berada dalam keadaan bisu, pekak dan buta serta di himpit penyesalan kerana kekufuran mereka. Ini lah seksaan Barzakh yang sangat sakit dan terlalu lama dideritai.

e) Buat lah PILIHAN untuk ke Syurga dengan mematuhi semua suruhan Allah dan meningal semua larangan Allah. Pilihan kita sendiri adalah penentu utama kemana kita di tempat kan; Syurga Allah atau Azab Neraka Nya.

BOLEH TAK, DENGAN MENDENGAR SEMUA NYA INI DARI AL QURAAN DAN SEBAGAI SEORANG MUSLIM KITA WAJIB PERCAYA PADA AL QURAAN, KITA MERASA KAGUM DAN YAKIN LANTAS KITA MENYEBUT SUBHANALLAH DENGAN RASA KEAGONGAN ALLAH SEBAGAI RABB. Agong kerana proses2 yang di sebut Nya dari awal surah Sajdah ini.

TAFSIR SURAH SAJADAH (3)

انما يؤمن بأياتنا اللذين اذا ذكروا بها خروا سجدا, وسبحوا بحمد ربهم , وهم لا يستكبرون. تتجافى جنوبهم عن المضاجع يدعون ربهم خوفا وطمعا, ومما رزقناهم ينفقون. فلا تعلم نفس ما أخفى لهم من قرة أعين, جزاء بما كانوا يعملون 17-15

“ Sesunguh nya, mereka-mereka yang Percaya/yakin pada ayat2 kami ( termasuk 14 ayat sebelum ayat ini) ialah apabila mereka di peringatkan kembali dengan membaca ayat2 ini kepada mereka, terus mereka tersungkur dalm berkeadaan SUJUD, (disamping menyakini semua nya ayat2 itu) lantas mereka bertasbih memuji-muji keagungan Allah Tuhan mereka, dan sungguh pun begitu sedikit pun mereka tidak merasa ‘besar diri’. Mereka sanggup meninggalkan keempukan tempat tidur mereka dan bangun dari tidur malam dan bertahajjud berdoa dan memanggil Rabb Tuhan mereka dengan perasaan yang penuh rasa takut akan sekasan Allah dan tamak mengharapkan pahla dari Allah, dan selaras dengan itu mereka sanggap bersedekah dari rezeki yang di perolehi mereka kepada yang memerlukan. Sesungguh nya, jiwa-jiwa ini tak mengetahui tentang anugrah pahla yang telah Allah sediakan untuk mereka sebagai pahla balasan atas apa yang telah mereka lakukan itu.”.

Orang yang beriman dengan al Quran, memahami ayat-ayat nya, selalu mendengarnya, dan cuba beramal dengan nya dan menjadi taat dalam perilaku dan keperibadiannya kepada kandungan ayat2 itu, maka apabila ayat2 itu di perdengarkan kepada mereka, mereka akan terus sujud mengiqrar kan diri tentang kuasa Allah, meyatakan keyakinan serta keimanan mereka kepada Allah, serta bertasbih membesarkan keagongan nya. Contoh nya; kita fahami kandungan ayat2 1-14 sebagai;

1. percaya dan yakin al Quraan adalah dari Allah, DITURUNkan

2. al Quraan membawa perkara2 al Haqq dari Allah untuk ingatan supaya beriman dan memperolehi hidayah dalam hidup ini.

3. Allah Pencipta Agong, mencipta bumi dan langit dlm masa 6 hari, kemudian mencipta ARASH sebagai ‘network nya untuk menyelaraskan operasi Nya melalui malaikat yang saling berulang alik setiap hari dalam pentadbiran Nya

4. Allah meniupkan ROH Nya kedalam diri manusia dan mencipta ‘intelligence’ kepada manusia untk mereka berfikir membuat pilihan samada bersyukur atau kufur

5. Oleh kerana ada nya ROH nya dlam manusia , maka kematian seseorang individu itu di lakukan oleh wakil Allah , Malakul Maut, yang sering menziarahi kita setiap hari.

6. Ada nya konsep PULANG SEMULA kepada Allah setelah kematian untuk di hisab kan semua amalan kita.

7. Di jelaskan bagaimana orang yang kufur kepada Allah menerima seksaan Barzakh, sebagai pekak dan buta menanti dalam kesempitan kubur hingga hari qiamat.

8. Konsep PILIHAN melalui intelligence menolak sebarang salah laku Allah kepada makhluk nya, kerana penyediaan Neraka kepada yang memilih kekufuran.

9. Saranan kepada yang beriman, bahawa hidup nya adalah berasas kan penjelasan ini, dan mereka TIADA PILIHAN selain dari beriman kepada Allah, al Quraan dan Membuat Pilihan ke Syurga. Berwaspada melakukan kejahatan untuk tidak pulang kepada Allah sebagai orang kufur. Menerapkan amal soleh dalam hidup pendek ini, kerana setiap geraklangkah kita di ketahui Allah dan akan di persoalkan.

Tidak kah dengan menghayati perkara-perkara diatas, serta meyakini ia nya adalah al Haqq dari Allah maka diri itu akan sujud bertasbih kepada Allah meresapkan rasa takut kepada Nya dan menagih keredaan Nya yang maha Agong untuk dunia dan akhirat?. Itu lah sebabnya kita SUJUD pada Allah setelah sampai ke ayat ini.

Bukan hanya setakat sujud, malah hamba Allah yang yakin ini akan mengintai-intai sembahyang nya dan merasai kelazatan bertasbih dalam sujud nya kepada Allah. Dalam ayat diatas, Allah menyatakan orang-orang ini akan sanggup meninggalkan keempokan tilam tidur mereka di waktu malam dan bangun berTAHAJJUD. Dalam tahajud mereka mereka akan memanggil-manggil nama-nama Allah sebagai Tuhan mereka, melahirkan rasa ketakutan diatas dosa2 mereka jika tidak di ampuni, lantas mereka memohon ampun dan mengharapkan keredaan yang maksima dari Allah kepada mereka dengan berkata; “ Ya Allah, jadikan aku dari kumpulan orang yang banyak sujud kerana Mu, bertasbih memujimuja Mu, dan mohon lindungan Mu dari menjadi orang yang Takbur kepada urusan Mu”.

Dalam sebuah Hadith, Rasulullah berkata; “ Apabila di akhirat nanti, semua manusia yang dulu dan terkemudian di kumpulkan, terdengar suara lantang yang boleh di dengar oleh yang berkumpul itu. Mereka sedang meneliti akan mendengar siapa yang akan di muliakan oleh Allah pada hari itu. Suara itu bergema lagi menanyakan siapa2 dalam kumpulan itu yang bangun malam bertahajjud, maka ternampak hanya beberapa orang saja dan di arah ke Syurga Allah. Kemudian bergema lagi suara itu yang menanyakan siapa diantara kamu yang banyak bersyukur kepada Allah samada secara terang-terangan atau secara bersendirian tersembunyi, maka beberapa orang kelihatan yang mengiyakan diri dan mereka di arah ke Syurga Allah. Kemudian baru lah bermula nya proses HISAB manusia itu”.

Nasihat dari Syeikh Ismail Haqqi Ar Rusawi, kata nya; “ Ketahui lah bahawa bangun malam bertahajjud adalah dari kategori Himmah yang Tinggi, dan ianya adalah ANUGERAH dari Allah, sesiapa yang dapat anugerah ini, maka beristiqomah lah melakukan tahajjud, dan jangan lupa melakukan wirid2 malam nya”.

Sebagai balasan baik Allah kepada golongan ini, Allah menyatakan , bahawa tiada satu makhluk pun, samada dari Malaikat yang muqarrabin, atau dari Nabi yang di utuskan Allah, atau mana mana sumber yang TAHU apakah persediaan habuan yang dikenali sebagai Qurrati Ainin yang di janjikan akan di beri kepada mereka. Mafhum kata-kata Allah; “ maka tiada siapa pun yang mengetahui apakah HABUAN yang di sembunyikan oleh Allah untuk di anugrahkan kepada mereka, sebagai BALASAN atas apa yang telah mereka lakukan”. Lakukan apa? Beramal soleh termasuk bangun malam, beramal untuk kebaikan dengan IKHLAS kerana Allah, dan kepercayan meneruskan amal soleh dengan niat ikhlas tadi.

Ayat2: 18-22

أفمن كان مؤمنا كمن كان فاسقا, لا يستوون. أما اللذين أمنوا وعملوا الصالحات فلهم جنات المأوى نزلا بما كانوا يعملون. وأما اللذين فسقوا فمأواهم النار, كلما أرادوا أن يخرجوا منها أعيدوا فيها , وقيل لهم ذوقوا عذاب النار الذى كنتم به تكذبون. ولنذيقنهم من العذاب الادنى دون العذاب الاكبر لعلهم يرجعون. ومن أظلم ممن ذكر بأيات ربه ثم أعرض عنها, انا من المجرمين منتقمون..............

“ Adalah tidak sama dari segi penghukuman di akhirat nanti diantara yang beriman dengan yang fasik. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan disediakan Jannatul Makwa,sebagai satu karamah dari Allah kepada merka yang beramal baik itu. Bagi orang yang kufur dan fasiq kepada Allah pula disediakan Neraka untuk mereka, dan melalui seksaan yang bertalu-talu itu yang ingin keluarlari dari neraka akan di tarik balik semula kedalam Neraka itu dan kedengaran pada masa itu kata-kata kesat untuk mereka ‘ ha! Sekarang rasalah azab neraka ini yang didunia dulu kamu sentiasa mendustakannya. Sesungguhnya (didunia dulu) kami telah memberi mereka azab yang kecil2 (seperti sakit, musibah-musibah dunia, untuk memberi ruang supaya mereka bertaubat dan balik pada Allah) dan tidak di beri azab besar, agar mereka balik pada Allah ( Namun, tidak juga mereka bertaubat). Maka sebesar-besar kezaliman pada diri sendiri ialah orang-orang yang telah didedahkan dengan ayat-ayat Allah serta di peringatkan kepada mereka melalui ayat-ayat al Quraan tetapi mereka ingkar dan tetap ingkar. Selaras dengan itu, Kami akan membalas dendam kepada kaum yang zalim ini”.

Demi keadilan Ilahi, orang yang beriman tidak sekalikali sama dengan yang kufur dari segi kemuliaan dan balasan dia khirat nanti. Yang beriman ialah mempercayai ayat2 Allah itu sebagai al Haq dan mengikuti Rasulallah dan ajaran-ajaran nya. Yang Fasiq bererti mereka sendiri memilih untuk keluar dari taat kepada Allah dan pada masa yang sama mendusta kerasulan Rasulallah. Orang yang beriman, iaitu hati-hati mereka sentiasa mempercayai ayat2 Allah dan beramal mengikut lunas2 nya, akan di muliakan Allah diakhirat nanti dengan Syurga Makwa,: manaka yang Fasiq yang keluar dari taat kepada Allah akan di belenggu dalam Neraka Allah dengan kata-kata kesat. Manusia sebenrnya telah pernah merasai azab-azab kecil yang boleh meruntunkan mereka untuk balik pada Allah, tetapi yang berhati batu tidak mengambil ini sebagai satu pengembalian pada Allah malah mendustakan nya. Sepatut nya azab-azab kecil menjadi benteng kepada berlaku nya azab besar di akhirat nanti jika dia mahu beriman kepada Allah.

Allah menganggap orang yang telah terdedah kepada ayat-ayat Allah, faham dan menggunakan intelligence nya boleh beriman pada Allah, TETAPI meninggalkan nya , mengingkari nya dan berpura-pura seolah-olah ia tidak mengetahui nya, SEBAGAI orang paling kejam keatas diri nya sendiri. Kata QATADAH; “berhati-hati lah, jangan menolak diri kita dari menzikir kan Allah,berserah kepada Allah, jika ia tinggalkan zikrullah maka dia tertipu, menipu diri sendiri,dan ianya adalah besar dosa nya”. Allah akan membalas kepada mereka dengan balasan yang sakit.

Kata Muaz, 3 perkara yang menzalimi diri ialah: berjanji bukan tempat nya, durhaka kepad dua ibu bapa dan berkawan dengan orang zolim.”.

TAFSIRAN SURAH SAJADAH (4)

Ayat2: 23-25

" ولقد أتينا موسى الكتاب, فلا تكن فى مرية من لقائه, وجعلناه هدى لبنى اسرائيل. وجعلنا منهم أئمة يهدون بأمرنا لما صبروا, وكانوا بأياتنا يوقنون. أن ربك هو يفصل بينهم يوم القيامة فيما كانوا فيه يختلفون."

Mafhumnya; “… dan sesungguh nya Kami telah kurniakna kepada Musa as sebuah Kitab ( Taurat), maka jangan lah syak wasangka yang Engkau wahai Muhammad tentang pertemuan Engkau dengan Musa itu. Kami telah menjadikan Musa (serta Kitab nya) sebagai Hidayah kepada Bani Israel. Dan kami jadikan sebahagaian daripada kumpulan mereka itu sebagai IMAM yang menjadi pendorong kepada Hiadayah Allah dan komitment mereka kepada semua suruhan kami dengan penuh kesabaran, disamping mereka itu sangat yakin dan percaya kepada ayat-ayat kami itu. Sesungguhnya Allah, Tuhan kamu itu akan menjadi HAKIM menyelesaikan petikaian diantara mereka di hari Qiamat nanti”.

Mengapa Allah mengalihkan pandangan kita kepada Musa as? Nabi kepada Bani Israel dan Yahudi ialah Musa as. Ahli Kitab di Mekah banyak yang terdiri dari Yahudi yang berpegang kepada Taurat . Allah telah merestui Nabi Musa as sebagai Rasul kepada Bani Israel dan menurunkan Kitab Taurat kepada nya dan menjadi bimbingan kepada Bani Israel. Malah Allah telah mempertemukan Musa as dengan Rasulallah dalam kisah Isra’ nya. Jangan Syak tentang pertemuan ini. Kalau lah Nabi Musa telah di kurniakan Kitab Taurat dan dalam Taurat telah menyatakan kemunculan Rasulallah,dan mengajar kepercayaan kepada Allah yang Esa,maka al Quraan adalah alternatif kepada Taurat yang telah di ubah-ubah itu. Mereka tau kerana diantara mereka adalah ulama2 besar bani Israel. Al Quraan juga seperti Taurah memberi hidayah kepada Bani Israel, malah beberapa ulama-ulama besar telah wujud dari kalangan mereka dan menjadi IMAM/ketua mendakwah kepada hidayah Allah. Mereka2 ini sangat yakin dan patuh pada ayat-ayat Allah. Semua nya ini melalui kesabaran yang tinggi dari Musa as dan para sahabat nya dalam menghadapi Bani Israel dan menganjurkan akidah kepada Allah. Jika mereka boleh menerima Taurat,mengapa mereka tidak boleh menerima al Quraan? Mereka berselisih faham dengan sesama mereka dan dengan nabi2 yang di utuskan .Pertelingkahan telah berlaku di antara mereka tentang beberapa isu2 besar dan Allah berjanji akan menjadi Hakim menyelesaikan pertikaian itu di hari Qiamat nanti.

Ayat2: 26-27

"أولم يهد لهم كم أهلكنا من قبلهم من القرون يمشون فى مساكنهم, ان فى ذلك لايات, أفلا يسمعون؟ . أولم يروا أنا نسوق الماء الى الارض الجرز فنخرج به زرعا تأكل منه أنعامهم وأنفسهم , أفلا يبصرون؟

Tidak kah bagi orang2 yang mendustakan al Quraan itu INSAF tentang berapa banyak orang-orang seperti mereka yang TERDAHULU yang telah di hancurkan, berkurun-kurun lamanya dulu, dan jika mereka pergi melihat BEKAS-BEKAS tempat tinggal mereka itu, yang ada hanya lah kesan kemusnahan sahaja. Semuanya ini akan menjadi pengajaran berguna kepada mereka. Tak boleh kah mereka berfikir?( ini lah akibat tidak mau beriman kepada Allah dan Kitab2 Nya). Tidak kah mereka TERFIKIR bagaimana Kami telah mengalirkan air kearah tanah-tanah kontang dan sekaligus menyuburkan tanah itu dan mengeluarkan hasil tani yang ianya kemudian di gunakan sebagai makanan kepada binatang2 ternakan mereka dan menjadi sumber makanan mereka sendiri. Tak mau kah mereka terfikir? (siapa kah yang mengadakan semua nya ini).

Ayat diatas menegaskan betapi orang2 yang menolak kerasulan dan ajaran Kitab2 Rasul2/Nabi2 telah hancur dan musnah, walaupun mereka pernah berkuasa dan masyhur. Yang tinggal hanya kesan kemusanahan. Sebab nya ialah kesombongan mereka kepada Rasul2 dan Nabi serta merka menolak Kitab Allah. Ini menjelaskan betapa percaya kepada Kitab Allah sangat di titikberatkan oleh Allah.

Sabuah cerita tentang tanah Mesir yang kontang. Sejak Amrubnil ‘As menjadi khalifah di Mesir ,maka amalan menyerah gadis cantik untuk ‘korban’ agar air sungai Nile melimpah semula telah di hentikan. Berlaku tanah kontang dan tidak ada air dan tanaman tidak subur. Orang Mesir pergi menemui Amrubnul’As dan berkata kepada nya ; ‘Dulu jika keadaan begini berlaku, kami akan mencari seorang gadis cantik dan mohon dari bapa nya untuk menjadi korban ke Sungai Nile. Kami akan pakai kan nya dengan pakain cantik dan beliau di humban kedalam sungai, lantas sungai itu akan melimpahkan air nya !. Jawab Amru ; Oh tidak, ia nya haram dalam Islam. Lantas Amrubnul’As meminta pandangan Umar ibnu Khattob dan beliau menulis sesuatu dan meminta Amru mencampak kan tulisan itu kedalam Sungai Nile. Selepas berbuat demikian, maka esok nya Sungai Nile melimpah kan semula air nya tanpa perlu kepada korban wanita. Catitan tulisan Umar bermaksud begini; “

“Dari Abdullah OmarAmirul mukminin kepada Nile ahli Mesir; Engkau pernah mengalir kan air sebelum ini dan sekarang ini terhenti; Jika yang mengalirkan engkau dahulu ialah dari Allah yang Maha Esa, Maka aku memohon kepada Yang Maha Esa supaya Engkau mengalirkan air sekarang ini.” Setelah kertas tulisan itu dicampak kedalam sungai pada hari Sabtu, maka malam nya itu air sungai Nile telah melimpah ketebing sedalam 7 hasta.

Begitu lah, Allah telah mencipta air dan menghidupkan tanah kontang dan mengeluarkan hasil untuk makanan kita dan makan bintang ternakan kita. Tak kan lah beriman kepada nya satu yang berat?

Ayat2: 28-30

ويقولون متى هذا الفتح ان كنتم صادقين. قل يوم الفتح لا ينفع اللذين كفروا ايمانهم ولا هم ينظرون. فأعرض عنهم وانتظر انهم منتظرون.

“ Orang2 Kafir secara sinis bertanya; Bila agak nya akan berlaku ‘Hari Kemenangan’ (yang di war-warkan oleh kamu selama ini) jika benar apa yang kamu kata selama ini ?. Jawablah kepada mereka wahai Muhammad ; ‘Hari kemenangan itu yang pasti menjelang dan pada masa itu tiada ada guna nya lagi, jika orang2 kafir nak beriman dan pada hari itu tiada sebarang penyeksaa dan pembalasan tidak di tangguh kan lagi’.Jesteru itu, Wahai Muhammad, jangan peduli cakap2 mereka, jauhi lah diri kamu dari mereka yang kufur itu dan tunggu lah hari nya dan sesungguh nya mereka juga sedang menunggu hari balasan mereka’.

Orang2 yang beriman dengan Allah telah mengetahui bahawa ada nya Hari Akhirat dimana Allah akan menghakimi kita atas semua amalan. Hari itu ialah hari Allah memisahkan yang kufur dengan yang beriman. Hal ini di ceritakan kepada orang2 kafir dan secara mengejek mereka bertanya: Mana Hari tu? Bila kamu akan menang keatas kami? Itu lah kepercayaan kamu, buktikan lah!. Ini lah kata2 ejek kan mereka.

Rasulullah diminta menjawab, Wahai orang yang kufur, jika datangnya hari itu, maka Iman dan amal kamu tidak lagi berguna dan segala seksaan akan dekat pada kamu dan tidak di lewatkan. Jadi Wahai Muhammad, tak usah peduli cakap2 mereka itu dan tunggulah pertolongan aku dan kebinasaan mereka juga sedang menempah kekalahan dari kamu .

Sinopsis ayat terakhir ini, samada dia seorang muslim atau kafir, jika mereka was-was tentang al Quraan itu, maka biarkan lah mereka dengan kepercayaan mereka dan serahkan mereka kepada Allah kerana hari PEMBALASAN tetap akan datang.

Sama-sama kita tunggu kedatangannya.